Sunday, March 23, 2014

Laporan Hari Keenam : Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 22 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,

Pada hari keenam di Taiwan, pasukan Taekwondo Negara telah dikhabarkan dengan satu berita gembira apabila keputusan rasmi telah dikeluarkan oleh World Taekwondo Federation di dalam laman webnya di mana pasukan Taekwondo negara telah layak ke Temasya Remaja Olimpik di Nanjing China melalui Mohana Priya a/p Mariappen kategori 63 kg bawah wanita. Kejayaan ini pasti menjadi pembakar semangat kepada semua atlet yang bakal bertanding di Kejohanan Tekwondo Remaja Dunia yang akan bermula pada keesokan hari.

Pada hari ini jam 11 pagi 2 orang jurulatih iaitu En Sarawanan dan En Firdaus telah mengahadiri satu Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia 2014. Seperti biasa, tidak banyak isu yang dibangkitkan dan mesyuarat berjalan dengan lancar. Dalam kejohanan yang berprestij ini sebanyak 107 negara dari seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan. Bagi negara Malaysia, pasukan Taekwondo telah menghantar seramai 8 orang atlet dengan pecahan 4 lelaki dan 4 perempuan.
Berikut merupakan jadual pertandingan yang melibatkan pasukan negara:-

Kategori bawah 51 kg lelaki

Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (MAS) mendapat bye di pusingan pertama dan menunggu pemenang di antara Yaacob Ali Abdul Hameed (Yemen) lwn Naved Osama (Mesir)

Kategori bawah 55 kg lelaki 

Pusingan Pertama
Navin a/l Arikrisnasamy (MAS) lwn Hellel Zarskty (Israel)


Kategori bawah 49 kg wanita

Nur Fasha Qistina bt Shaharuddin (MAS) mendapat bye pada pusingan pertama dan menunggu pemenang di antara  Sarah Malykkte (Denmark) lwn Nlufar Sadkova (Tajikistan)

Sekian terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara

DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.