Monday, March 17, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014 : Laporan Hari Keempat

Tarikh : 14 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey


Pada hari ini, kesemua atlet dan kontijen telah berkumpul di dewan pertandingan bertempat di Kepez Belediyesi Kapali Spor Salonu bagi memulakan kejohanan peringkat dunia ini. Sebanyak 14 acara bagi kategori Taolu telah dijalankan iaitu :


1. Boy's A Group Nangun 
2. Girl's A Group Daoshu
3. Girl's A Group Taijiquan
4. Boy's B Group Nanguan
5. Girl's B Group Nandao
6. Boy's C Group Changquan
7. Girl's C Group Daoshu
8. Girl's A Group Changquan
9. Girl's A Group Nanquan
10. Boy's A Group Qiangshu
11. Girl's B Group Taijiquan
12. Boy's B Group Taijiquan
13. Boy's C Group Daoshu
14. Girl's C Group Changquan

Pada pertandingan hari ini, seramai 8 orang atlet wushu Malaysia telah mengambil bahagian mengikut acara masing-masing.  Pertandingan bagi kategori Taolu dibahagikan kepada sesi iaitu pagi dan petang. Pertandingan bermuala agak lambat walaupun ianya telah dijadualkan bermula pada pukul 9.00am (sesi pagi) dan pukul 3.00pm (sesi petang) disebabkan beberapa permasalahan yang timbul dari segi teknikal dan susun atur acara pertandingan. Jarak tempat penginapan dan dewan pertandingan yang agak jauh juga menyebabkan perjalanan pertandingan kurang lancar.

Namun begitu, pasukan Wushu Malaysia telah berjaya menyumbang pingat Emas pertama untuk kontijen melalui Loh Ying Ting bagi acara Girl's Group A Changquan.

Keputusan penuh bagi setiap acara masih belum diperolehi berikutan gangguan kepada sistem permarkahan melalui internet.  Upacara penyampaian pingat juga masih belum dijalankan bagi acara yang dipertandingakan pada hari ini.

SITI MARINA ARSHAD

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.