Thursday, March 13, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014: Laporan Hari Kedua

Tarikh : 12 Mac 2014
Tempat: Antalya, Turkey


Pada hari ini hampir kesemua negara yang bertanding telah mendaftar masuk ke penginapan rasmi kejohanan bertempat di Kremlin Palace Hotel bagi sesi Official Team Registration.  Pada hari ini juga Judges Refresher Course telah bermula sehingga esok.  Pada sebelah petang IWUF Technical Committee Meeting turut diadakan.

Atlet-atlet pasukan wushu telah memulakan taklimat pagi serta sesi Team Training seawal pukul 7.30 pagi bertempat di dewan latihan seperti yang telah dijadualkan. Cuaca pada hari ini agak sejuk (7°C) serta berangin berbanding semalam membataskan aktiviti atlet-atlet kawasan sekitar hotel. Para atlet disarankan untuk berehat dibilik bagi mengelakkan mereka jatuh sakit/demam .


SITI MARINA ARSHAD

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.