Tuesday, March 18, 2014

Laporan Hari Pertama Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan Youth Olympic Games 2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 17 Mac 2014

Salam 1 Malaysia,

Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" pada kali ini telah diadakan di Taiwan di mana Pasukan Taekwondo Malaysia telah membawa 8 orang atlet dan 3 orang jurulatih serta seorang pegawai. Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan "Chinese Taipei Amateur Taekwondo Association" akan berlangsung di Taipei Arena dan secara rasminya akan bermula pada 20hb Mac 2014 hingga 27hb Mac 2014.

Pasukan Taekwondo Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Taiwan seawal jam 5.00am waktu Taiwan terpaksa menunggu sehingga 2 jam akibat kenderaan dari pihak penganjur yang lewat.

Sebanyak 10 buah negara iaitu Puerto Rico, Iran, UAE, Afghanistan, Filipina, Bahrain, Russia, Nepal dan Malaysia telah menginap di Hotel Fullon di daerah Danshui. Pada hari pertama di Taiwan pasukan Taekwondo Malaysia tidak melakukan apa-apa aktiviti atau latihan akibat faktor keletihan dan jurulatih akan memulakan latihan intensif bermula pada esok pagi.

Sekian terima kasih.
DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.