Saturday, March 8, 2014

LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS

Tarikh : 7 Mac 2014
Tempat : Bangsaen, Thailand

Hari ini hanya atlet 'junior' yang turun menjalani latihan di Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building pada sebelah petang dibawah kendalian jurulatih Stefan Stefanov manakala atlet remaja negara telah dibawa bersiar-siar disekitar bandar Chonburi oleh jurulatih bagi menghilangkan sedikit tekanan bagi yang akan bertanding esok dan kebosanan bagi atlet yang telah selesai pertandingan. Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri juga turut ke venue pertandingan bagi melihat atlet 'junior' menjalani latihan sambil melihat pertandingan yang sedang dijalankan.

Pada sebelah petang juga mesyuarat pengurus pasukan bagi '21st Asian Junior women & 28th Asian Junior Men Weightlifting Championships' telah diadakan di dewan VIP Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building yang telah dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Asia (AWF) sendiri bersama beberapa orang pegawai teknikal. Esok dua wakil negara akan turun bertanding dimana Mohd Nasir Roslan akan bertanding didalam kategori 94kg pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) dan Jabriella Teo akan bertanding didalam kategori +69kg yang dijadualkan pada jam 5:00 petang (waktu tempatan)

Sekian laporan dari Bangsaen, Thailand.
Sent by Maxis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.