Thursday, March 27, 2014

Laporan Hari Kesepuluh: Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014


Tempat: Taiwan
Tarikh: 26 Mac 2013

Salam 1 Malaysia,

Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia dan Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014 telah melabuhkan tirainya dengan hari terakhir kejohanan telah menyaksikan negara-negara seperti Korea, Russia, China, Iran dan negara tuan rumah iaitu Taiwan telah menguasai hampir keseluruhan kategori. Penguasaan ini menunjukkan negara-negara lain masih lagi jauh ketinggalan dalam sukan taekwondo ini.

Bagi pasukan negara Malaysia, layak ke Temasya Olimpik adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan pasukan Taekwondo remaja negara harus mempertingkatkan lagi prestasi pada masa akan datang jika mahu menyaingi pasukan yang lebih kuat. Pada hari ini atlet remaja negara telah tewas pada peringkat awal di mana lawan dari Turki mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding atlet negara.

Dalam keseluruhan kejohanan ini, pasukan taekwondo remaja negara harus mengambil peluang dalam menguasai teknik-teknik baru dalam sukan taekwondo seperti yang ditunjukan oleh negara lain. Pada keesokan hari pasukan negara akan pulang ke tanah air pada jam 3.10 petang dan dijangka akan sampai pada jam 8.10 malam. 

Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan atlet negara :-

Kategori bawah 55 wanita

Pusingan Pertama
Goh Zhi Lin (Mas) kalah kepada Fatma Suroggan (Turkey)

Sekian terima kasih


DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.