Wednesday, March 12, 2014

Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait


Laporan Hari Kelima - 11 Mac 2014

Hari ini pada jam 11.15 pagi (masa tempatan 4.15 petang) acara 10m Air Rifle (W) Junior telah bermula dan ia disertai oleh dua (2) orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan iaitu Nur Fadhilah Ahmad Kamal dan Juain Izni Zamil.  

Keputusan : 
1.  Nur Fadhilah Ahmad Kamal - 407.5 (tempat ke-11)
2.  Juain Izni Zamil - 398.2 (tempat ke-16)

Pada jam 12.20 tengahari (masa tempatan 5.20 petang) iaitu sebaik sahaja selesai acara 10m Air Rifle (W) Junior, pihak Doping Kuwait membuat pemilihan secara rawak dari 20 orang atlet yang bertanding. Seorang atlet dari kontingen Malaysia iaitu Nur Fadhilah Ahmad Kamal telah terpilih dan beliau diarahkan ke bahagian doping untuk pemeriksaan air kencing. Pelbagai prosidur perlu dilakukan di bahagian doping dan perlu menunggu kira-kira hampir 4 jam untuk mendapatkan sampel air kencing yang dikehendaki.

Tepat jam 1.15 petang (masa tempatan 6.15 petang) pula bermula acara 10m Air Rifle (W) Remaja yang telah disertai oleh satu-satunya atlet dari program Pelapis Kebangsaan iaitu Nur Dayana Hijrah Danial Ng. Dalam pertandingan ini seramai 39 orang atlet remaja mengambil bahagian bagi menentukan kelayakan untuk ke Sukan Remaja Asia yang bakal diadakan pada 18 - 24 Ogos 2014 di Nanjing, China nanti.

Keputusan :
1. Nur Dayana Hijrah Danial Ng - 399.9 (tempat ke-32)

Sebaik sahaja tamat acara tersebut, PET terus dimulakan bagi acara akhir yang akan dipertandingkan pada keesokan harinya. Esok merupakan penamat bagi kejohanan ini dan sekali lagi atlet dari program Pelapis Kebangsaan akan mengambil bahagian dalam acara 10m Air Pistol (W) Junior (Siau Cuili), 10m Air Pistol (M) Junior (Eddy Chew) dan 10m Air Pistol (M) Remaja (Abdul Hadi Abdul Malik dan Siau Zianyi).

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.