Wednesday, March 5, 2014

LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS

Tarikh : 4 Mac 2014
Tempat : Bangsaen, Thailand
Pasukan negara telah bersarapan dihotel seawal jam 7.30 pagi sebelum bergerak ke venue pertandingan bagi menjalani latihan pada jam 9:00 hingga 11:00 pagi. Hanya Muhamad Darul Najmi, Mohd Zaidi Nordin dan Siti Zaleha Yusof tidak menjalani latihan kerana masing-masing akan turun bertanding pada hari ini bagi Muhamad Darul Najmi dan keesokan harinya bagi Mohd Zaidi dan Siti Zaleha. Kesemua atlet berada didalam keadaan baik. Wakil daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) iaitu Dato Ong Poh Eng selaku Presiden bersama-sama dengan En Pang Siew Huat selaku Setiausaha Kehormat telah datang ke tempat latihan berjumpa dengan atlet dan jurulatih disamping memberi kata-kata semangat kepada setiap atlet.
Hari ini juga merupakan hari bagi upacara pembukaan kejohanan yang telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Dunia (IWF) iaitu Thomas Ajan. Upacara yang sederhana tetapi meriah telah berlangsung tepat jam 5:00 petang (waktu tempatan). Muhamad Darul Najmi memulakan pertandingan didalam kategori 56kg didalam kumpulan A pada jam 8:00 malam. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 56kg :
Snatch
1.China - 128kg (Rekod Dunia Remaja)
2.Vietnam - 108kg
3.Korea Utara - 107kg
8.Muhamad Darul Najmi - 90kg
Clean & Jerk
1.China - 147kg
2.Vietnam - 137kg
3.Korea Utara - 137kg
10.Muhamad Darul Najmi - 115kg
Keseluruhan
1.China - 275kg
2.Vietnam - 245kg
3.Korea Utara - 244kg
10.Muhamad Darul Najmi - 205kg
Secara keseluruhan Muhamad Darul Najmi menduduki tempat ke sepuluh dan mengutip sepuluh mata dimana mata ini akan dikumpulkan secara keseluruhannya dan negara yang mendapat 'top 5' akan mendapat satu kuota ke YOG di Nanjing nanti. Esok Mohd Zaidi Nordin akan bertanding didalam kategori 62kg didalam kumpulan B yang akan bermula pada jam 11:00 pagi (waktu tempatan) dan Siti Zaleha Yusof akan bertanding didalam kategori 48kg pada jam 3:00 petang (waktu tempatan). Tiga orang atlet dan seorang jurulatih juga akan tiba pada esok hari pada jam 4:15 petang (waktu tempatan) yang akan bertanding didalam '28th Asian Junior Men Weightlifting Championship' yang akan bermula pada 9 Mac 2014.
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis











No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.