Thursday, March 20, 2014

Laporan Hari Ketiga: Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games "2014

Tempat : Taiwan
Tarikh : 19 Mac 2014


Seawal jam 7.00 pagi pasukan Taekwondo Malaysia telah menjalani latihan sebagai persiapan terakhir sebelum kejohanan yang sebenar berlangsung pada keesokan harinya. Seramai 4 orang atlet hanya melakukan latihan yang ringan bagi mengelakkan dari berlaku kecederaan.

Pada sebelah petang jam 2.00, pasukan taekwondo negara telah bertolak ke Teipei Arena iaitu tempat bagi kejohanan kelayakan "Youth Olympic Games"akan berlangsung dan 4 orang atlet negara yang akan bertanding esok telah menjalani sesi timbang berat badan. Sepanjang sesi ini berlangsung tiada masalah berlaku yang melibatkan pasukan Taekwondo Malaysia.

Dalam masa yang sama Pasukan Taekwondo juga dibawa ke venue pertandingan bagi menunjukan gambaran awal kepada atlet dan jurulatih mengambil peluang dengan memberi kata-kata perangsang serta tunjuk ajar bagi menghadapi hari pertandingan.

Berikut merupakan senarai atlet yang akan bertanding pada hari esok bagi perlawanan pusingan pertama:-

Kategori bwh 48kg lelaki
Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (MAS) lwn Mohamed Almaazmi (UAE) 

Kategori bawah 73 kg lelaki
Khir Amir Salam Mohd Sulaiman (MAS) lwn Said Guliyev (AZE)

Kategori bawah 49 kg wanita
Jasmin Nabila bt Sikardi (MAS) lwn Anastasia Annananadou (Greece)

Kategori bawah 63 kg wanita
Mohana Priya a/l Mariappen (MAS) akan menentang pemenang antara
Sheraya Singh (IND) lwn Renee Leyou (NZ)

Sekian terima kasih.

DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.