Wednesday, March 19, 2014

Laporan Hari Kedua:Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014


Tempat: Taiwan
Tarikh : 18 Mac 2014

Salam 1 Malaysia,

Pada hari kedua di Taiwan, di sebelah pagi dan petang Pasukan Taekwondo Malaysia telah menjalani latihan yang intensif dan latihan ini juga sebagai persediaan pasukan negara dalam menghadapi pertandingan yang sebenar. Semua atlet taekwondo negara telah menunjukan kesungguhan semasa latihan dan begitu berdisplin sepanjang dua hari berada di sini.

Pada sebelah petang, En Saravanan A/L Subramaniam yang merupakan jurulatih pelapis kebangsaan dan En Firdaus Abdullah jurulatih pelapis serantau telah menghadiri satu mesyuarat pengurus pasukan di "Chientien Youth Activity Center". Dalam mesyuarat ini sebanyak 91 buah negara dari seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan dan tiada isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini. Pertandingan ini juga akan dijalankan mengikut undang-undang World Taekwondo Federation.

Pada keesokan hari 19 Mac 2014 ,satu sesi timbang berat badan akan dijalankan di Teipei Arena bagi kelayakan "Youth Olympic Games" di mana 4 orang atlet taekwondo Malaysia akan terlibat iaitu Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (bwh 48kg), Khir Amir Salam Mohd Sulaiman (bwh 73kg), Jasmin Nabila bt Sikardi (bwh 49kg) dan Mohana Priya a/l Mariappen (bwh 63kg).

Sekian terima kasih.
DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.