Friday, March 14, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON BORNEO 1/2014

























Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Borneo 1/2014. Bagi edisi kali ini, Sarawak telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan dengan menganjurkan 6 sukan iaitu Memanah, Menembak, Angkat Berat, Akuatik Terjun, Olahraga dan Tinju.

Bagi hari ini, telah diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi semua sukan. Berikut adalah laporan ringkas mengenai mesyuarat pengurus pasukan yang telah berlangsung:

Angkat Berat
3.30 petang
Majlis Sukan Negeri Sarawak

Pengesahan penyertaan seramai 22 orang atlet. Pertandingan akan dimulakan esok dengan sesi timbang berat badan pada jam 8.00 pagi dan kategori pertama dipertandingkan adalah 40kg Wanita Bawah 12 Tahun. Venue pertandingan adalah di Dewan Masyarakat Perumahan Petra Jaya.

Akuatik Terjun
3.00 petang
Kompleks Akuatik, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak
Pengesahan penyertaan seramai  14 orang atlet. Sesi latihan telah diadakan petang tadi di venue pertandingan iaitu di Kompleks Akuatik Jabatan Belia dan Sukan Sarawak. Pertandingan akan dimulakan jam 9.00 pagi esok dengan acara 3m Papan Anjal Lelaki Bawah 10 Tahun. 

Olahraga
3.45 petang
Majlis Sukan Negeri Sarawak

Pengesahan penyertaan seramai 69 orang atlet. Venue pertandingan adalah di SMK Tabuan Jaya.

Memanah
3.00 petang
Stadium Perpaduan, Petra Jaya
Pengesahan penyertaan seramai 27 orang atlet. Acara yang akan dijalankanpada pagi esok (9.00 pagi) adalah 70m Lelaki Bawah 16 Tahun, 60m Wanita Bawah 16 Tahun dan 25m Lelaki dan Wanita Bawah 12 Tahun. Venue pertandingan adalah di Stadium Perpaduan.

Menembak
3.00 petang
Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa, Kuching
Pengesahan penyertaan seramai 14 orang atlet. Satu sesi latihan telah diadakan pada petang td. Pertandingan akan dimulakan pada jam 9.00 pagi.

Tinju
6.00 petang (13 Mac 2014, Khamis)
Astana Plaza
Pengesahan penyertaan seramai 27 orang atlet. Pertandingan telah dijalankan pada hari ini atas saranan pegawai teknikal memandangkan terdapat beberapa kategori yang perlu melalui pusingan awal. Perkara ini telah dipersetujui oleh pasukan yang bertanding semasa mesyuarat pengurus pasukan. Bagi esok hari, pertandingan akan melibatkan sebanyak 7 bout.Venue pertandingan adalah di Astana Plaza.

Sekian sahaja laporan dari Kuching buat hari ini. Terima kasih.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.