Saturday, March 22, 2014

Laporan Hari Kelima: Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Oympic Games" 2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 21 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,


Hari ini merupakan hari kedua serta hari terakhir bagi kelayakan "Youth Olympic Games" 2014 di mana terdapat 2 atlet Malaysia yang telah terlibat bagi kategori 55 kg lelaki Navin a/l Arikrisnasamy (Pelapis Kebangsaan) dan 55 kg wanita iaitu Goh Zhi Lin (Pelapis Serantau). Atlet lelaki kategori 53 kg bawah turut melibatkan 53 org atlet dari seluruh dunia dan begitu juga wanita seramai 45 atlet yang akan bertanding dalam kategori yang sama.

Nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila kedua-dua atlet negara telah tewas di tangan lawan masing-masing yang lebih kuat di peringkat awal perlawanan. Sehingga hari ini pasukan Taekwondo Malaysia yang berada di Taiwan masih menunggu keputusan rasmi bagi atlet yang layak ke Temasya "Youth Olympic Games" 2014 kerana seorang atlet Malaysia kategori 63 kg bawah perempuan telah layak sehingga suku akhir dan kemungkinan keputusan kelayakan  itu bakal diumumkan melalui Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia 2014 yang akan diadakan di Chientan Youth Activity Center pada jam 10.00 pagi esok.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi hari terakhir bagi Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014 yang melibatkan pasukan Malaysia:-

Kategori bawah 55 kg lelaki

Pusingan Pertama
Navin a/l Arikrisnasamy (MAS) menang ke atas Enrique Vazquez (Puerto Rico)

Pusingan Kedua
Navin a/l Arikrisnasamy (MAS) kalah kepada Bernardo Norzagaray (Mex)

Kategori bawah 55 kg perempuan

Pusingan Pertama
Goh Zhi Lin (MAS) kalah kepada Fatma Saridogan (Turkey)

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.