Saturday, March 15, 2014

Laporan Harian Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Tengah 2014

Salam 1 Malaysia,

Kejohanan Zon Tengah telah membuka tirai tahun 2014 dengan Wilayah Persekutuan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada edisi kali ini untuk siri 1. Antara sukan yang akan dipertandingkan pada kali ini untuk Zon Tengah adalah Angkat Berat, Memanah, Menembak, Olahraga, Sepak Takraw, Terjun dan Tinju.

Mesyuarat Pengurus Pasukan untuk 5 sukan telah diadakan pada 14hb Mac 2014 adalah seperti berikut:-

Sukan Angkat Berat 
Tarikh :14 Mac 2014 
Tempat : Kompleks Sukan Desa Tasik 
Masa : 8.00 pm

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Angkat Berat telah dipengerusikan oleh En Halimon selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Putrajaya.Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan tiada isu yang dibangkitkan. Sebanyak 36 orang atlet dengan pecahan telah mengesahkan penyertaan.

Sukan Menembak 
Tarikh : 14 Mac 2014 
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang 
Masa : 3.00pm

Mesyuarat telah berjalan tanpa sebarang masalah dengan jumlah penyertaan sebanyak 42 orang atlet dengan pecahan 16 lelaki dan 26 wanita. Pada pertandingan kali ini pihak penganjur telah menjemput negeri Pulau Pinang yang membawa 8 orang atlet untuk menyertai kejohanan pada kali ini.

Sukan Sepak Takraw 
Tarikh : 14 Mac 2014 
Tempat : Kompleks Sukan Keramat Msn 
Masa : 5.00 pm

Mesyuarat Sepak Takraw telah berjalan dengan lancar  yang dipengerusikan oleh En Mohd Azmi Shaari dimana sebanyak 64 orang atlet telah menyertai kejohanan ini. Satu keputusan mesyuarat telah diputuskan untuk mengurangkan jumlah teknikal dari 28 orang kepada 20 orang memandangkan penyertaan atlet yang tidak ramai.

Sukan Terjun 
Tarikh : 14 Mac 2014 
Tempat : Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil 
Masa : 3.00pm

Mesyuarat Pengurus Pasukan Terjun telah dipengerusikan oleh En Edwin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur dan penyertaan atlet bagi sukan terjun di peringkat zon tengah adalah kurang memuaskan dimana hanya 21 atlet dari 3 negeri dengan pecahan 12 atlet lelaki dan 9 atlet wanita sahaja yang mengesahkan penyertaan pada kali ini.


Sukan Tinju 
Tarikh : 14 Mac 2014 
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat 
Masa : 5.00pm

Mesyuarat Pengurus Pasukan yang dipengerusikan oleh En Ahmad Sowhini bin Harun dari Persatuan Tinju Kuala Lumpur telah berjalan selama satu jam dengan kerjasama yang baik yang ditunjukan oleh semua pihak termasuk 3 negeri di peringkat Zon Tengah. Seramai 37 orang atlet telah mengesahkan penyertaan pada kali ini.

Sukan Memanah 
Tarikh : 15 Mac 2014 
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat 
Masa : 8.30am

Mesyurat Pengurus Pasukan bagi sukan Memanah telah berjalan pada pagi ini tanpa sebarang masalah. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Ghazali dari Persatuan Memanah Wilayah Persekutuan. Seramai 33 orang atlet lelaki dan 23 atlet wanita bagi kategori bawah 16 dan 19 atlet lelaki dan 9 atlet wanita bagi kategori bawah 12 tahun menjadikan jumlah keseluruhan untuk sukan memanah adalah 84 orang.
Setakat ini 6 sukan telah menjalankan Mesyuarat Pengurus Pasukan kecuali Olahraga yang akan diadakan pada jam 8.00 malam ini.
Sekian Terima Kasih

DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.