Saturday, March 8, 2014

Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait

Laporan Hari Pertama - 07 Mac 2014

Dalam kejohanan ini sebanyak 45 buah negara telah melaporkan diri untuk penyertaan Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 yang bakal berlangsung sehingga 13 Mac 2014.  Kontigen Malaysia juga tidak melepaskan peluang ini dengan menghantar dua (2) pasukan dari dua (2) program iaitu Pelapis Kebangsaan seramai seorang (1) pegawai, dua (2) orang jurulatih dan lapan (8) orang atlet. Manakala program Elit pula menghantar seramai empat (4) orang jurulatih dan sebelas (11) orang atlet.

Hari ini juga atlet Malaysia berpeluang mengadakan PET (Pre Event Training) untuk acara yang akan dipertandingkan iaitu 10m Air Rifle dan 10m Air Pistol (Men & Women). Tepat jam 11.15 pagi (masa tempatan 4.15 petang) kontigen Malaysia berangkat ke lapangsasar dan atlet menjalani PET sehingga jam 4.00 petang (masa tempatan 9.00 malam).

Bagi acara esoknya pula (8 Mac 3014), semua atlet dikehendaki menjalani pemeriksaan senjata dan peralatan menembak bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dan diselangi dengan PET bagi acara 10m Air Rifle (M & W). Bagi Pelapis Kebangsaan atlet yang terlibat dengan PET hari ini adalah Juain Izni Zamil dan Nur Fadhilah Ahmad Kamal bagi acara 10m Air Rifle (W). Pada sebelah petangnya pula, tepat jam 6.30 petang (masa tempatan 11.30 malam) akan bermula acara pembukaan kejohanan ini di lapangsasar.

Norjihan
Kuwait

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.