Monday, March 17, 2014

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON SIRI 01/2014 (ZON SELATAN)

Salam 1 Malaysia,

Laporan hari pertama Kejohanan Pelapis Peringkat Zon (Selatan) Siri 1/2014 yang berlangsung pada 14-16 Mac 2014 dan USPTN Melaka adalah merupakan tuan rumah bagi Zon Selatan untuk kali ini. Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada hari ini iaitu pada 14 Mac 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Hotel Permaisuri bermula pada pukul 5.00 petang. Berikut adalah maklumat ringkas yang dibincang semasa mesyuarat tersebut mengikut sukan.

A.Berat
Pengesahan atlet iaitu 34 orang 31 lelaki dan 3 perempuan, terdapat perubahan acara lelaki bawah 15 dan 12 serta perempuan, acara baru akan ditetapkan esok setelah aktiviti timbang dijalankan. Pada pukul 8.00 pagi bermula timbang dan pada pukul 10.00 pagi adalah pertandingan. 

Olahraga
Pengesahan atlet iaitu 39 orang 33 lelaki 6 perempuan, terdapat beberapa acara terpaksa dibatalkan iaitu 200m (w), 400 m (w) 800m (w) 100m berpagar (w) kerana kekurangan penyertaan. Pertandingan akan bermula pada pukul 8.00 pagi, bagi acara balapan bertempat di Stadium Hang Jebat manakala acara padang dijalankan di padang 10, Stadium Hang Jebat.

Sepak Takraw
Setakat hari ini belum mendapat pengesahan penyertaan dan akan dibuat pada keesokan hari semasa sesi pendaftaran. Terdapat penambahan 1 pasukan dari Tangkak dan melibatkan perubahan jadual pertandingan. Pertandingan diputuskan 3 terbaik dengan mata 21. Pertandingan dijalankan di Sekolah Sukan Sri Kota.

Tinju
Belum dapat pengesahan atlet. Pada pukul 8.00 pagi bermula sesi timbang yang akan dijalankan oleh Doktor dan Medical Assistant. Pada pukul 10.30 pagi pula adalah sesi cabutan undi dan pada pukul 2.00 petang bermula pertandingan. Mesyuarat memutuskan bahawa setiap kategori hanya seorang peserta dari setiap negeri. Tempat pertandingan adalah di Stadium Hang Jebat.

Sekian laporan ringkas dari Zon Selatan
Nazlin Shima Rosli

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.