Thursday, March 6, 2014

LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS

Tarikh : 5 Mac 2014
Tempat : Bangsaen, Thailand
Hari ini masuk hari kedua pertandingan dimana hanya Mohd Nasir Roslan dan Jabriella Teo menjalani latihan pada sesi pagi bermula jam 8:30 hingga 10:00 pagi (waktu tempatan) Muhd Zaidi Nordin akan bertanding didalam kategori 62kg didalam kumpulan B pada jam 11:00 (waktu tempatan) dan sesi menimbang berat badan telah dijalankan dua jam sebelum bertanding. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 62kg kumpulan B :
Snatch
1.Krygystan - 107kg
2.Chinese Taipei - 98kg
3.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 95kg
Clean & Jerk
1.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 135kg
2.Chinese Taipei - 125kg
3.Indonesia - 122kg
Keseluruhan
1.Muhd Zaidi Nordin (Malaysia) - 230kg
2.Krygystan - 229kg
3.Chinese Taipei - 223kg
Selepas pertandingan didalam kumpulan A bagi kategori 62kg yang telah dijalankan pada jam 8:00 malam (waktu tempatan) secara rasminya atlet negara Muhd Zaidi Nordin telah menduduki tempat ke lapan secara keseluruhannya. Ini bermakna beliau telah mengutip 18 mata bagi pasukan lelaki negara.
Seorang lagi atlet negara yang turun bertanding pada hari ini ialah Siti Zaleha Yusof yang bertanding didalam kategori 48kg. Walau bagaimanapun beliau tidak bernasib baik kerana hanya berjaya menduduki tempat ke lima secara keseluruhannya walaupun pada awalnya beliau dijangka dapat menandingi sekurang-kurangnya tempat ketiga secara keseluruhannya. Berikut merupakan keputusan bagi kategori 48kg :
Snatch
1.China - 85kg
2.Chinese Taipei - 60kg
3.Thailand - 59kg
5.Siti Zaleha - 55kg
Clean & Jerk
1.China - 85kg
2.Vietnam - 76kg
3.Thailand - 76kg
5.Siti Zaleha - 70kg
Keseluruhan
1.China - 170kg
2.Thailand - 135kg
3.Vietnam - 134kg
5.Siti Zaleha - 125kg
Esok hanya Muhd Afifi Haikal akan turun bertanding didalam kategori 77kg didalam kumpulan B pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) Esok juga tiga orang atlet 'junior' akan turun menjalani latihan bersama-sama Mohd Nasir Roslan dan Jabriella Teo yang dijadualkan pada jam 3:00 hingga 5:00 petang (waktu tempatan) Mereka terdiri daripada Constantine Clement (kat 62kg), Khairul Anuar (kat 77kg) dan Loro Wellkinson Peuji (kat 77kg) yang tiba pada jam 6:00 petang bersama-sama jurulatih Stefan Stefanov. Kesemua mereka akan mula bertanding didalam "28th Asian Junior Men Weightlifting Championships" selepas tamat acara didalam kategori remaja iaitu di "16th Asian Youth (2014 YOG Continental Qualification) Kesemua atlet dan jurulatih berada didalam keadaan agak baik dengan hanya selsema dan pening kepala disebabkan cuaca yang terlalu panas.
Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis


















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.