Thursday, March 6, 2014

LAPORAN HARIAN "16th ASIAN YOUTH (2014 YOG CONTINENTAL QUALIFICATION), 21st ASIAN JUNIOR WOMEN & 28th ASIAN JUNIOR MEN WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS

Tarikh : 6 Mac 2014
Tempat : Bangsaen, Thailand

Hari ketiga pertandingan menyaksikan atlet remaja negara bertanding didalam kategori 77kg didalam kumpulan B melalui Muhd Afifi Haikal pada jam 1:00 petang (waktu tempatan) Berikut merupakan keputusan penuh termasuk keputusan didalam kumpulan A yang berlangsung pada jam 7:00 petang (waktu tempatan) :

Snatch

1.Iran - 136kg
2.India - 133kg
3.ChinA - 130kg

12.Muhd Afifi Haikal - 110kg

Clean & Jerk

1.India - 163kg
2.Korea Utara - 159kg
3.Thailand - 155kg

12.Muhd Afifi Haikal - 130kg

Keseluruhan

1.India - 296kg
2.Iran - 291
3.Chian - 283

12.Muhd Afifi Haikal - 240kg

Muhd Afifi Haikal telah berjaya menyumbang 14 mata bagi pasukan negara dan mata keseluruhan akan dikira pada hari pertandingan dengan lima pasuka teratas akan berjaya mendapat satu kuota ke YOG Nanjing pada bulan Ogos nanti. Sementara itu ketiga-tiga atlet 'junior' negara telah turun menjalani latihan pada sebelah petang sebaik sahaja Muhd Afifi Haikal selesai bertanding. Esok tiada atlet negara yang akan turun bertanding dan mesyuarat pengurus pasukan bagi kejohanan peringkat 'junior' akan diadakan di venue pertandingan iaitu di Chonburi City Municipality Sport Complex Multipurpose Building dijadualkan pada jam 4:00 petang (waktu tempatan)

Sekian laporan dari Bangsaen, Chonburi Thailand.
Sent by Maxis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.