Monday, March 10, 2014

Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait


Laporan Hari Ketiga - 09 Mac 2014

Pada pagi ini acara dimulakan tepat jam 9.00 pagi (waktu tempatan 2.00 petang) dengan acara 10m Air Pistol (M) kategori open dan negara kita diwakili oleh dua (2) orang atlet iaitu Choo Wen Yan (Pelapis Kebangsaan) dan Johnathan Wong (Elit). Pada jam 11.20 pagi (masa tempatan 4.20 petang) kejohanan diteruskan dengan acara 10m Air Rifle (W) kategori open yang melibatkan empat (4) orang atlet dari program Elit.

Pada hari ini juga proses pemeriksaan senjata dan peralatan menembak diteruskan bagi mereka yang masih belum melakukan pemeriksaan tersebut memandangkan semalam merupakan hari pertama pemeriksaan dijalankan dan terlalu ramai atlet yang terlibat.

Keputusan atlet Pelapis Kebangsaan 

Acara 10m Air Pistol (M) open:

Choo Wen Yan - 564 (tempat ke 25/36)

Untuk esok (10 Mac 2014), acara yang akan dipertandingkan adalah 10m Air Pistol (W) kategori open, 10m Air Rifle (M) kategori open yang hanya melibatkan atlet Elit dan pada sebelah petang pula diteruskan dengan PET.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.