Monday, March 17, 2014

Laporan Kejohanan Pelapis Peringkat Zon 1/2014, Zon Utara (14/3/2014)-Hari Pertama

Salam sejahtera,

Untuk hari pertama, empat mesyuarat Pengurus Sukan telah dijalankan iaitu sukan Angkat Berat, Sepak Takraw,Tinju dan Memanah. Semua mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat MSN Kedah.

1. Angkat Berat (Jam 5.00 p.m)
Jumlah penyertaan seramai 53 atlet. Pecahan umur, bawah 12 thn penyertaan lelaki seramai 9 org dan wanita 5 org. Bawah 15 thn lelaki sebanyak 29 org dan 7 wanita. ‎Timbang berat akan dijalankan pada 15/3/2014 Jam 8.00 pagi. Mengikut Jadual pertandingan acara  akan dijalankan selama sehari sahaja disebabkan oleh penyertaan yang tidak ramai. Tiada isu yang dibangkitkan. 

2. Memanah (6.00 p.m)
Jumlah penyertaan seramai 106 orang. Berdasarkan kepada statistik pecahan umur, kategori bawah 12 thn seramai 24 lelaki dan 23 wanita . Kategori  ‎bawah 16 tahun lelaki seramai 34 lelaki dan 25 wanita. Acara akan dijalankan 15 hingga 16 Mac 2014. Tiada isu dibangkitkan. Terdapat 3 kelab jemputan dari negeri Kedahdan seramai 15 orang teknikal akan membantu untuk menjalankan pertandingan. 

3. Tinju ( 9.00 p.m)
Jumlah penyertaan seramai 35 org. Pecahan ketagori umur 13-14 thn seramai 18 org dan ketagori umur 15-16 thn seramai 17 org. Mengikut jadual pertandingan acara akan mula jam 3.00ptg. 8.00 -10.00 pg Timbang berat dan undi. Pertandingan akan dijalankan 2 hari. Seorang doktor dan 4 Pembantu perubatan akan ditempatkan di venue Tinju. En Shamsul dan En Mohamad Jani akan menguruskan acara tinju sebagai teknikal. Tiada ada isu dibangkitkan.

4. Sepak Takraw (9.15 p.m)
Jumlah penyertaan adalah seramai 96 atlet. Acara akan bermula pada jam 8.30 pagi esok. Hari pertama acara bawah 12 tahun,14 tahun dan 16 tahun akan dijalankan. Hari kedua acara semi final dan final sahaja  yang dijalankan bagi semua kategori. Tiada isu yang dibangkitkan. 

Bagi sukan olahraga, mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 15 Mac 2014 jam 5.00 petang di SMK Tengku Anum. Acara akan diadakan pada 16 Mac 2014 (ahad) selama sehari sahaja.

Tiada masalah bagi persiapan semua venue. Dilaporkan tahap Air Pollution Index di Alor Setar adalah 62. ‎Penginapan untuk  teknikal sukan tinju dan memanah telah disediakan oleh pihak penganjur.

Sekian.
VIMALAN A/L PALANIAPPAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.