Tuesday, March 4, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 01/ 2014

Tarikh    : 04 Mac 2014
Tempat : Bilik Merbuk CASA 2, MSNM

Hari ini merupakan hari pertama Bengkel Pengurusan Pegawai Pembangunan Negeri Bil 1/2014 yang akan dilansungkan selama 3 hari bermula 04 Mac hingga 06 Mac 2014 dan dihadiri seramai 19 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) yang terdiri dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP K.Lumpur, WP Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Pergerakan PPN bermula seawal 7.00 pagi dimana masing-masing bergerak dari negeri bertolak ke Majlis Sukan Negara. Para peserta bengkel menginap di CASA MSN dan makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Program bermula dengan taklimat perjalanan bengkel dari Ketua Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis, Puan Nurehsan Hasan. Seterusnya, sesi bersama Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin di mana beliau menerangkan perjalanan pelaksanaan program sepanjang tahun 2013 dan perancangan bagi tahun 2014.
Sesi berhenti seketika untuk sesi minum petang dan disambung semula pada pukul 4.15 petang bersama Ketua Unit Pelapis Kebangsaan Encik Azrul Hisyam berkenaan dengan Pengurusan Sukan yang Berkesan. Sesi ini menerangkan bagaimana PPN perlu menjalankan pengurusan di negeri dan seterusnya menyelaraskan pengurusan demi membangunkan sukan di tempat masing-masing. Sesi ini tamat pada pukul 6.00 petang dan disambung semula pada pukul 8.30 malam di Bilik Rajawali Casa 1.
Setelah makan malam, aktitviti diteruskan dengan pembentangan program PPN. Pembentangan pertama dimulakan PPN dari Perlis (Olahraga), PPN Kedah (Tinju) dan seterusnya PPN Pulau Pinang (Pelayaran). Aktiviti ditangguhkan pada pukul 10.30 malam dan akan disambung semula esok pada pukul 9.00 pagi.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.