Friday, March 14, 2014

Kejohanan Pelapis Peringkat Zon 01/ 2014


Mesyuarat Pengurus Kejohanan Pelapis Peringkat Zon 01/ 2014

Ketika ini bersamaan pada 14 Mac 2014, sedang berlansung mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Pelapis di Zon Pantai Timur, Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan.

Bermula pada pukul 3.00 petang tadi mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Angkat berat, Olahraga, Sepak Takraw serta Gimnastik telah pun berlansung di Zon Pantai Timur yang mana dipantau oleh Pegawai Sukan dari Cawangan Pelapis iaitu Encik Fairul Fadzli. Mesyuarat ini masing-masing diadakan di MSN Terengganu, Lapang Sasar Memanah UniSZA, Dewan Gimnastik Bukit Payong, Lapang Sasar Menembak Gong Kuin, serta  Besut Terengganu.

Manakala mesyuarat di Zon Utara pula bermula pada pukul 5.00 petang tadi yang dipantau oleh Pegawai Sukan Encik Vimalan A/L Palaniappan. Antara mesyuarat yang telah dilaksanakan ialah sukan memanah, sepak takraw, tinju, angkat berat dan olahraga bertempat di Majlis Sukan Negeri Kedah bagi membincangkan persiapan setiap pasukan di Kejohanan Pelapis peringkat Zon akan datang ini.
Walaupun dengan tahap udara yang kurang memuaskan, dengan semangat dan rasa tanggungjawab para pegawai dan jurulatih  mesyuarat sukan tinju di Zon Tengah masih diteruskan yang dipantau oleh Pegawai Sukan Encik Giam Fook Pang.
Seterusnya di Zon Selatan pula berlansung mesyuarat pengurus bagi sukan angkat berat, sepak takraw dan tinju yang dipantau oleh Pegawai Sukan Puan Nazlin Shima.

Kesemua mesyuarat ini dijalankan bagi memastikan kelancaran Kejohanan Pelapis peringkat Zon dengan kerjasama dari pegawai sukan di Cawangan Pelapis, Pengurus pasukan di setiap negeri, para jurulatih dan atlet serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.