Monday, February 17, 2014

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERBUKA KEBANGSAAN 01/2014

Tarikh : 17 Februari 2014
Masa : 5:00 pm - 6:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Kelantan

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kebangsaan 01/2014 dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Aziz Tuan Mat iaitu Timbalan Pengarah Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan . Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mengesahkan penyertaan pasukan serta atlet yang menyertai kejohanan ini. Melalui mesyuarat ini, sebanyak 16 negeri dan pasukan telah mengesahkan penyertaan. Antara negeri dan pasukan yang mengambil bahagian adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, ATM, PDRM, Pelapis Serantau, Pelapis Kebangsaan, Elit. Seramai 67 atlet ( 47 lelaki dan 20 wanita) mengesahkan penyertaan. Makluman dari mesyuarat ini, kejohanan ini merupakan medan kelayakan atlet ke Temasya Sukan Komanwel 2014 dan turut diadakan ujian dadah.Kejohanan ini akan diadakan pada 18 hingga 21 Februari 2014 dan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Tiang Chandi. Mesyuarat ditangguhkan jam 6:00 pm.

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.