Tuesday, May 4, 2010

KEJOHANAN ANGKAT BERAT BORNEO 2010 PADA 27HB APRIL 2010








Salam 1 Malaysia...

Penganjuran Kejohanan Angkat Berat Borneo 2010 di anjurkan oleh USPTN Sabah. Seramai 43 altet yang telah menyertai daripada PLN Menggatal 11 atlet 1 jurulatih, Kota Kinabalu 18 atlet 1 jurulatih 1 pengurus pasukan, Tambunan 7 atlet 1 jurulatih 1 pengurus pasukan dan Labuan 7 atlet 2 jurulatih 1 pegawai. Perasmian kejohanan bermula jam 10.00 pagi yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah.

Dua Kategori umur dipertandingkan iaitu atlet berumur 13-16 tahun, 17-23 tahun lelaki dan wanita. Had kelayakan telah disediakan sebagai garis panduan menilai prestasi atlet. Acara pertama dipertandingkan adalah lelaki kategori 52 kg. Kategori ini telah dimenangi oleh Lester Ambose daripada PLN Kota Kinabalu dan telah memecahkan rekodnya sendiri pada SUKMA 2008. Penyertaan kejohanan melibatkan atlet pelapis yang terlibat SUKMA 2010 dan atlet bukan SUKMA di PLN yang telah mencapai had kelayakan.

Atlet SUKMA 2010 Sukan Angkat Berat telah menjalani kem latihan SUKMA dari 12hb April 2010 dan akan berakhir pada 30hb April 2010. Melalui kejohanan ini atlet dapat menilai angkatan sebagai persediaan SUKMA.Manakala atlet umur bawah 16 tahun berpeluang untuk bertanding kejohanan sebenar.

--
Nelly Dimon @ Daimond
Pegawai Pembangunan Negeri

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.