Wednesday, May 5, 2010

Project 2013 Lwn Pasukan Kebangsaan Pakistan

Lapuran perlawanan ke-3:

Project 2013 Lwn Pasukan Kebangsaan Pakistan
Masa: 9.30am

Tarikh: 5 Mei 2010
Tempat: Stadium Azlan Shah

Keputusan:
Project 2013 0
Pakistan 3
32nd min PC
57th min FG
60th min FC


Perlawanan dimainkan 3 half iaitu 20min setiap half.

Secara keseluruhannya pasukan Pakistan lebih mengawal perlawanan dan lebih banyak menyerang berbanding dgn pasukan project. Walaubagaimanapun prestasi pemain2 lebih baik berbanding semasa menentang korea. Dan berjaya beberapa kali menembusi benteng Pakistan tetapi ketumpulan barisan serangan gagal menjaringkan gol. Pakistan memperolehi 4 pukulan sudut pendek dan berjaya menjaringkan 1 gol manakala project 2013 mendapat hanya 1. Pihak Pengurusan telah menjangkakan bukan mudah untuk bersaing dgn Pakistan kerana pengalaman mereka dari segi teknik dan tektikal.

Keseluruhannya kita telah bermain sebanyak 3 perlawanan. Kalah ketiga2 perlawanan kpd India 1 - 3, Korea 0 - 5 dan Pakistan 0 - 3. Kesemua lawan adalah pasukan senior. Jurulatih dan Pengurusan Pasukan amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan pemain dan berpendapat ini adalah pendedahan terbaik bagi pasukan project yg rata-ratanya berumur 18 dan 19 tahun.

Selepas ini pemain2 akan menyertai pasukan kelab masing2 dlm liga remaja malaysia dan seterusnya menyertai sukma. Latihan akan diteruskan selepas itu untuk jelajah eropah yang masih lagi dalam perancangan.

Harapan kita mereka akan belajar dari perlawanan2 ini..dan menjadi pemain dan lebih baik di masa akan datang.

Lapuran dari Stadium Azlan Shah, Ipoh

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.