Friday, May 21, 2010

Kejohanan Olahraga MSSM Hari ke 3

Kejohanan olahraga MSSM kali ke 58 berlangsung di Johor Bahru mulai 18 - 21 Mei 2010. Cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak menganggu kelancaran kejohanan kali ini. Terdapat beberapa permata baru olahraga yang muncul dalam kejohanan ini. Permata-permata baru ini perlu dipantau agar bakat-bakat mereka tidak habis di MSSM sahaja.

5 orang atlet Pelapis Kebangsaan turut menyertai kejohanan MSSM kali ini. Kesemua mereka mendapat pingat emas dalam acara yang disertai. Paling menonjol adalah Casier Renee (Tukul besi) yang telah memecahkan rekod MSSM yang dipegang oleh Tan Song Hwa semenjak tahun 2001.

Keputusan yang melibatkan atlet Pelapis Kebangsaan adalah seperti berikut :

1. Navinraj - Lompat Tinggi - 2.00m - Emas
2. Kesavan Maniam - 1500m - 4:15.68s - Emas
- 800m - 1:56.55s - Emas
3. Casier Renee - Tukul Besi - 46.62m - Emas (RBK)
- Lontar Peluru - 11.40m - Emas
4. Mohd Ajmal Aiman - 110m hurdles - 14.39s - Emas
5. Mohd Fahme Zamzam - Lompat Bergalah - 4.20m - Emas







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.