Tuesday, May 4, 2010

Kejohanan Yop Of The Gulf 2010 - Ocean Marina Pattaya

Lapuran Ringkas perkembangan dari Pattaya Thailand , Hari Terakhir .

Cuaca agak panas kekuatan angin antara 10 hingga 12 Knot , Ombak kecil antara 1 - 1.5 Meter . Kejonanan ini di sertai oleh 26 negara kebanyakannya dalam kelas Keel boat manakala dalam kelas Optimist 131 peserta dari 6 Negara mengambil bahagian iaitu Thailand , Singapore, Hong Kong , India , Bulgium, Malaysia. Manakala dalam kelas lain seperti Laser dan Int 420 melibatkan 5 negara sahaja. Hari 4 perlumbaan di adakan. Perlumbaan semalam terpaksa di batalkan kerana ketiadaan angin

Kelas Optimist - Pelayar negara Ahmad Shukri abdul aziz hanya berpuas hari di tempat ke dua di belakang pelayar Thailand Nappakao poonpat , manakala Ahmad Latif Khan di tempat ke 7 , Mohamad Isan tempat ke 8 , |Farhan Hamid tempat ke 10 , MohD Faizal 12 Akmar di tempat ke 14. Oleh kerana pelumbaan di jalankan serentak seramai 131 peserta di garis perlumbaan sedikit menggangu tumpuan pelayar negara, Pelayar Thailand yang Ramai menghalang pelayar negara untuk membuat permulaan yang baik .

Dalam Kelas Laser Standard - seperti di janga Khairulnizam Mohd Afendy Muncul Juara di ikuti oleh Pelayar Thailand Kaarati Bulong di tempat ke dua, Harrith Hammry Nasution tempat ke tiga , Manakala seorang lagi peserta Negara Nik Asraf Qaedi hanya menduduki tempat ke 9 Wanita Nuramirah Naib Johan Laser 4.7 Dunia mendahuluhi Laser Radial Wanita. Pelayar Pelapis kebangsaan Khairul Ridzuan bin Hambali tempat ke tiga dalam kelas Laser Radial ,

Int 420 , Pelayar negara tidak dapat rentak , kerana mengunakan boat lama.Ku Anas Bin Ku Zamil/Hafizuddin Hanya menduduki tempat ke 2 di belakang pelayar Thailand dan Pemenang pingat emas di China Khairunnisa / Shikin hanya berpuas hati di tempat ke empat. Sekian Lapuran ringkas dari Pattaya.


Mohd Afendy Abdullah
Pengurus Pasukan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.