Tuesday, May 4, 2010

KEJOHANAN PACIFIC RIM CHAMPIONSHIPS 2010' DI MELBOURNE, AUSTRALIA





Laporan Akhir :
'KEJOHANAN PACIFIC RIM CHAMPIONSHIPS 2010' DI MELBOURNE, AUSTRALIA
Sukan : Gimrama
Kategori : Junior

Tahniah diucapkan pada kontigen Malaysia yang baru sahaja pulang ke tanahair
pada 03 Mei 2010 / jam 6.30am (waktu tempatan).

Dalam kejohanan ini sebanyak 7 buah negara yang menyertainya dan negara-negara tersebut adalah Malaysia, Rusia, China, Canada, New Zealand, Korea dan Australia.

Pasukan Malaysia telah membawa pulang 1 emas - gelung, 1 perak - belantan dan 1 gangsa - all round (keseluruhan) melalui Amy Kwan Dict Weng (atlet Elit).
Amy Kwan merupakan atlet yang diasah kebolehannya melalui program Pelapis Kebangsaan pada tahun 2008 dan setahun selepas itu beliau telah melayakkan diri ke program Elit.

Manakala 2 orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan juga turut menunjukkan persaingan yang hebat di antara atlet-atlet negara lain. Mereka telah melayakkan diri dalam pertandingan akhir bagi 3 apparatus.

Laporan Hari ke-5 (01 Mei 2010)
Kejohanan akhir untuk acara tali & gelung

Seramai 10 orang atlet dari 5 buah negara yang terlibat untuk acara tali. Antara negara tersebut ialah Australia 3 orang, Malaysia 2 orang, China 2 orang, Rusia 2 orang dan Canada 1 orang. Manakala untuk acara gelung pula Malaysia 2 orang, Australia 3 orang, Rusia 2 orang, Canada 2 orang dan China 1 orang.

Amy Kwan Dict Weng & Ismahani Madhiah Mornie telah layak dalam acara tali & gelung.

Keputusan akhir :
Amy Kwan Dict Weng - Tali tempat ke-4 (22.800)
Gelung tempat pertama (24.050)

Ismahani Mardhiah Mornie - Tali tempat ke-8 (21.350)
Gelung tempat ke-4 (22.725)

Laporan Hari ke-6 (02 Mei 2010)
Kejohanan akhir untuk acara bola & belantan

Seramai 10 orang atlet dari 5 buah negara terlibat dalam acara bola dan negara tersebut ialah Malaysia 2 orang, Australia 2 orang, Rusia 2 orang, China 2 orang dan Canada 2 orang. Bagi acara belantan pula melibatkan seramai 9 orang dan mereka dari negara Malaysia 2 orang, Australia 2 orang, Rusia 2 orang, China 2 orang dan Canada 1 orang.

Amy Kwan Dict Weng telah layak dalam acara bola dan belantan, Wong Poh San bagi acara bola dan Ismahani Mardhiah Mornie bagi acara belantan.

Keputusan akhir :
Amy Kwan Dict Weng - Bola tempat ke-5 (22.875)
Belantan tempat ke-2 (23.225)

Wong Poh San - Bola tempat ke-4 (22.950)

Ismahani Mardhiah Mornie - Belantan tempat ke-7 (21.500)

Berdasarkan keputusan ini, atlet PK memperlihatkan peningkatan yang bertambah baik. Mereka turut mempergunakan pengalaman yang sedia ada untuk memperbaiki tahap prestasi mereka lebih-lebih lagi dalam kejohanan yang bertaraf dunia. Tahniah buat mereka!!!

2 comments:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.