Wednesday, November 17, 2010

ASIAN GAMES UPDATE: LAPORAN PELAYARAN

Assalamualikum, Salam 1 Malaysia dan salam sejatera,

Tan Sri, Dato' dan Tuan tuan.

Semalam Lapuran tak dapat di hantar kerana kawasan di sini di landa angin kencang dan ombak besar , terpaksa selamatkan semua boat, oleh kerana dah letih maka saya tak sempat nak mengantar Lapuran,

Hari ketiga 2 lagi perlumbaan di adakan, kesemua 6 perlumbaan telah di jalankan baki ada 6 lagi perlumbaan. Hari ini angin terlalu perlahan dan ini menyebabkan pelayar kita tidak dapat lakukan yang terbaik hanya beberapa atlit sahaja yang berjaya membaiki kedudukan. Keadaan angin antara 5-7 Knot ombak 1-2meter tidak memberi kelebihan kepada atlit kita.

Kelas Optimist

Ahmad Latif Khan hari ini menamatkan dua perlumbaan di tempat ke 3, Keseluruhan kini mendahului peserta lain di ikut rapat pelayar Thailand dan Singapore di tempat ke tiga.

Nurul Izatul Akhmar hari ini menamat kan du perlumbaan di tempat 3 dan menduduki tempat ke tiga sama mata dengan pelayar singapore , di belakang pelayar Thailand , China.

International 420

Ku Anas dan Hafizzudin , hari ini melakukan pelayaran yang baik di mana Race 1 di tempat ke 2 dan Race 2 di temapat ke 3 keseluruhan di tempat ke 3 mengikuti rapat pelayar Singapore dan Korea

Khairunnisa / Norashiken - Hari ini serba tak kena menamatkan Race 1 dan 2 di tempat ke 4 keseluruhan di tempat ke 4, mengikuti rapat di belakang pelayar Singapore, Thailand dan China. dengan perbezaan 1 mata. Masih berpeluang dengan memenangi baki perlumbaan.

Kelas laser

Khairulnizam hari ini melakukan pelayaran yang baik pada Race 1 tamat di tempat pertama, pada Race ke 2 di tempat ke 4 keseluruhan berada di tempat ke 4 di belakang Korea, Singapore dan China masih ada peluang pingat hanya 3 mata beza.

Laser Radial Mohamad Romzi Mohamad hari ini kurang menyerlah di mana Race pertama di tempat le 6 dan race ke 2 di tempat ke 5 keseluruhan jatuh di tempat ke 7. walaubagaimanapun perbezaan mata adalah kecil dan berpeluang membaiki kedudukan.

Manakala pelayar pelayar lain tidak bagitu menyerlah dengan kedudukan agak belakang.

Sekian Lapuran dari Shanwei


Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.