Monday, November 29, 2010

Hari 1- Sesi Pendaftaran Atlet dan Jurulatih Kem Tahunan Pelapis 2010




Salam,

29 Nov - Hari pertama bermula dengan sesi pendaftaran jurulatih dan atlet di Kolej Ibu Zain, UKM Bangi bagi Kem Tahunan Pelapis anjuran Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara. Permulaan hari ini begitu baik dengan ketibaan atlet dan jurulatih dari setiap negeri seluruh Malaysia. Pendaftaran bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tghari untuk mkn tengahari. Mengikut jumlah asal penyertaan jurulatih dan atlet adalah seramai 171 org ( 36 jurulatih, 135 atlet). Namun selepas sesi pendaftaran hari ini, berikut adalah jumlah yg hadir:-

1.A/Berat - 5 jurulatih, 19 atlet=24 org
2.Memanah -5 jurulatih, 23 atlet=28org
3.Menembak -4 jurulatih,24atlet=28org
4.Terjun - 5 jurulatih, 21 atlet=26 org
5. Olahraga - 5 jurulatih, 15 atlet=20org
6. Gimrama - 8 jurulatih, 23 atlet=31org

Jumlah keseluruhan : 157 org
-32 jurulatih (22 lelaki, 10 wanita)
-125 atlet (57 lelaki, 68 wanita)

Jam 3.00 ptg : Sesi taklimat kpd jurulatih dan atlet ttg jadual program,peraturan-peraturan kem, etika pemakaian dan lain2 keperluan semasa kem.

Jam 8.30-10.00 mlm - Sesi Ice- Breaking atlet / Mesyuarat Jurulatih.

Penglibatan Urusetia adalah seramai 40 org untuk Kem Tahunan Pelapis 2010.

Sekian, untuk makluman

~Rashleen~

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.