Monday, November 15, 2010

Lapuran Sukan Asia Hari ke 9 - Sukan Pelayaran



Assalamualikum, Salam1 Malaysia, Salam Sejatera,

Tan Sri, Dato' dan tuan tuan,

Pasukan pelayaran Negara di Shanwei semuanya sihat, Hapt pertama 2 perlumbaan di jalankan. Keadaan awal pagi agak tenang , kekuatan angin antara 6-8 Knot. Perlumbaan pertama di mulakan tepat jam 12.00PM. Pada perlumbaan pertama nyata pasukan negara di kejutkan dengan kelajuan pelayar negara negara lain dimana pelayar negara gagal menamatkan perlumbaan dengan baik di mana hanya , Nurul Izzatul Akmar , Khairunnisa, Mohamad Romzi berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke tiga manakala Ku Anas /Hafizuddin , Geh Cheow Lin tempat ke 4. Manakala Latif , Khairulnizam,Koe Sin Tee, Razman/Hakimi hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat Ke5. Keadaaan angin perlahan dan keadaan angin yang berubah arah secara mengejut menyebabkan pelayar pelayar dari belakang mengatasi pelayar di hadapan.

Pada Perlumbaan ke 2 ( Race 2)

Angin mulai bertiup kencang antara 8-12 Knot di awal perlumbaan dan bertambah kuat sehingga 18-20 Knot . Pelayar negara mulakan perlumbaan agak perlahanan di awal perlumbaan mulai kengejar pelayar lain , Ahmad Latif Khan yang berada di tempat ke 4 mulai mengatasi pelayar laindan mendahului sehingga kegarisan penamat tetapi di saat akhir di atasi oleh pelayar China agak mengecewakan Jury pertandingan tidak memberi penalty kepada pelayar china kerana melanggar banyak peraturan pertandingan sehingga banyak pasukan mulai merungut . Keseluruahan selepas 2 perlumbaan latif berada di tempat kedua di belakang pelayar China. Manakala Khairunnisa mulai bersaing hebat dengan pelayar Singapura walaupun telah mengatasi singapore, nasib mereka kurang baik bila Crew beliau terjatuh dalam laut hanya berjaya tamat perlumbaan di tempat ke 2 di belakang Singapore bagitu rapat sekali. manakala Ku Anas/Hafizuddin Berjaya memintas beberapa pelayar dan mendapat kelebihan bila Thailand dan Korea di batalkan dan mereka temat di tempat ke 2 dan keseluruhan Khairunnisa/ Shiken dan Ku Anas/ Hafizuddin berada di tempat ke 2 selepas 2 perlumbaan. Dalam kelas Laser Radial Romzi kini berada di tempat ke 2 di belakang Pelayar Qatar selepas 2 Perlumbaan. Pelayar Optimist Wanita Nurul Izzatul Akmar menamatkan perlumbaan ke 2 di tempat ke 4 dan keseluruhan kini berada di tempat ke 3 di belakang pelayar China dan Thailand. Dalam kelas Laser Standard Pelayar paling muda Khairulnizam terpaksa bertarung dengan pelayar handal yang pernah bertarung di Olimpik . pada perlumbaan ke 2 berjaya mencuri tumpuan dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke 3, keseluruhan berada di tempat ke 4 di belakang pelayar Korea, Singapore dan China jika angin bertiup kencang Khairulnizam di jangka akan memberi saingan hebat pada pelayar lain. Beliau juga ada harapan untuk mencuri satu pingat . manakala Pelayar RS X wanita hanya berjaya di temapat ke 5, Mistral wanita ke 5, RS X Lelaki tempat ke 8, International 470 Razman / Hakimi hanya berjaya di tempat ke 5. Manakala Pelayar Keelboat Match Racing hanya mengadakan perlumbaan percubaan .

Besok dua lagi perlumbaan akan di adakan, Jika kekuatan tiupan angin meningkat seperti di ramalkan di jangka pelayar negara akan membaiki lagi kedudukan mereka. Baki ada 10 Perlumbaan lagi untuk Menentukan perlumbaan. harap semua Rakyat malaysia akan memberi sokongan dan doakan kejayaan pasukan pelayaran negara. Walaupun tidak dapat hadir memberi sokongan berilah sokongan diri jauh dengan mengirim email atau buatlah liputan untuk sukan pelayaran dari awal . Ini akan menaikan lagi semangat pasukan.


Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.