Monday, November 15, 2010

ASIAN GAMES UPDATE: Perjumpaan CDM dengan Pasukan Takraw/Takbir Raya



KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera
Tarikh : 15 November 2010

GUANGZHOU; Skuad sepak takraw negara mendapat suntikan semangat daripada Chef de Mission Kontinjen Malaysia, Dato' Zolkples Embong pada pertemuan yang diadakan selepas solat Maghrib, di Perkampungan Atlet Sukan Asia Guangzhou, hari ini.

Dato' Zolkples dalam amanatnya, mengingatkan pemain agar tidak gentar untuk turun bertanding mulai esok dan tidak mustahil untuk merangkul dua pingat emas yang disertai dalam acara berpasukan dan antara regu.

Dato' Zolkples yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara juga mengingatkan pemain bahawa mereka setanding dengan musuh tradisi, Thailand dan tiada apa yang mustahil jika pemain tetap fokus, bersemangat dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

Malaysia akan membuka tirai pertandingan sepak takraw esok menentang tuan rumah, China.

Selepas pertemuan itu, skuad sepak takraw kemudian memasuki bilik penginapan dan mengadakan Takbir Raya sempena Aidiladha yang disambut di China, esok 16 November 2010.

Takbir raya itu diketuai oleh Pengurus Pasukan, Datuk Awang Sham Haji Amit disertai oleh semua pemain dan pegawai skuad sepak takraw.

Dilampirkan gambar pertemuan dengan Chef de Mission dan takbir raya yang dianjurkan untuk tujuan hebahan pihak media.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:
Press Attache
Kontinjen Malaysia
Sukan Asia Guangzhou
China.

Fahmi Omar.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.