Saturday, November 6, 2010

Laporan Hari Kedua Sukan Asia 2010 - Sukan Pelayaran




Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia,

Tan Sri, Dato', Tuan Tuan,

Semua pelayar dan pegawai Pasukan Pelayaran di sini Sihat,

Pagi ini  Jam 8 pagi di mulakan dengan latihan ringan   Fizikal dan Gym , Sarapan pagi di Darshan Restaurant , sarapan sangat memuaskan. Keadaan hujan renyai renyai dari awal bagi menganggu sedikit pergerakan. Jam 10 pagi pasukan pelayaran telah membuka kontena dan membuat persiapan untuk latihan. Semua peralatan di keluarkan dan mengambil masa agak lama sedikit kerana kebanyakan peralatan baru perpaksa di pasang.

Pasukan Laser dan Optimist tak mengadapi masalah siap sebelum jam 12 tengah hari. Manakala Pelayar Windsurfing , International 470, International 420 terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memasang boat masing masing . Selapas makan tengah hari di restaurant yang sama dimana di hidangkan sea food  memang  sangat sedap. Dewan makan masih belum beroperasi masih lagi di lakukan kerja kerja pengubah suaian. Keadaan ini memberi kelebihan kepada pelayar kerana mereka sangat serasi dengan Sea Food yang di sediakan. Selapas makan tengah hari pasukan Optimist Dan Laser terlebih dahulu turun ke Laut mambuat latihan pada Jam 2 Petang di ikuti oleh Windsurfing , Int 420 , Int 470 pada jam 3 Petang. Memandangkan hujan , angin agak perlahan sedikit. Pasukan Keel boat masih belum mendapatkan boat kerana mengikut peraturan apabila semua pasukan tiba baru boat akan di bahagikan. Buat sementara waktu pasukan keel boat menempukan perhatian kepada latiahan fizikal sahaja.

Masalah yang di hadapi adalah Boat Jurulatih, dimana boat yang di tempah tidak sampai kerana bayaran di buat lawat maka berlaku kelawatan mendapatkan kebenaran membawa masuk boat jurulatih ke dalam venue, Pembekal berjanji akan sediakan pada 8hb Nov. Sementara hanya di berikan 1 Coach boat sahaja. Semua Coach boat pasukan malaysia hanya akan tiba pada 8 Nov, Keadaan ini mengecewakan sedikit kerana pelayar tak dapat perhatian sepenuhnya dari Jurulatih. Manakala sewa coach boat juga di naikan dari USD2800 kepada USD5000 sebuah. Berlaku sedikit masalah apabila syarikat yang di beri lesan tidak mahu menurunkan harga coach boat , setelah berbincang harga hanya di turunkan kepada USD4500 sebuah. Manakala Minyak Petrol  Juga masih belum di sediakan, Oleh kerana saya sangat rapat dengan TD maka Pasukan Malaysia di beri layanan Istimewa dan diberikan minyak , manakala pasukan lain terpaksa menunggu sehingga besok.

Pasukan yang telah tiba lebih awal dari Malaysia ialah, Singapore, Thailand, Philippine,Iran,Hong Kong, China, Korea, Japan, Pakistan, India. Pasukan Singapore bagi gah sekali dengan menghantar pasukan penuh seramai 24 Pelayar dan 10 Pegawai. Pasukan ini juga membawa 5 Kontena di mana 3 Kontena telah di ubah suai di jadikan tempat masuk, Ruang Makan siap peti sejuk , Workshop bagi baiki boat, Massage Room siap dengan katil  dan Kelas room, serta berhawa dingin. Setiap kontena berharga SGD 50,000.00 . Kontena ini juga diubah suai untuk membawa boat pada masa yang sama. Pasukan Malaysia hanya membawa 1 Kontena buruk yang telah bocor dan  habis basah semua peralatan dan pakaian di dalam basah dan busuk setelah hampir sebulan dalam perjalanan. Semasa kita hantar masih nampak elok tetapi dalam perjalanan tempat yang berkarat telah bocor . Nasib Baik kontena ini juga di taja oleh KFC 4 tahun dahulu dan telah sampai masa untuk di tukar kalau tidak maruah negara akan tercemar. Tapi tak apa Pasukan Pelayaran masih bersemangat tinggi, Walaupun kontena tak cantik dan tak mempunyai Dapur yang canggih seperti singapore , Kita miliki tukang masak yang hebat merangkap pengurus pasukan. Pasukan pelayar juga telah membawa bekalan makanan tambahan yang secukupnya bagi menampung selera makan pelayar. Jika kita mempunyai kontena yang saka dengan singapore bagus juga . Saya beritahu pelayar (Kita barangan angan dahulu biar pasukan pelayaran membawa pulang pingat baru kita minta kontena seperti Singapore) pelayar nampaknya bersemangat tinggi. kalau tak boleh secanggih singapore kita boat seakan akan macam itu.

Sebelah petang pasukan pelayaran telah menjalani latihan fizikal di GYM kerana keadaan masih sama hujan. Jam 8 malam makan di temapat yang sama dan di akhiri dengann taklimat. Semangat pelayar nampaknya jauh lebih baik berbanding dengan semasa di MSN. Keadaan ini mungkin di sebabkan beberapa faktor. Terutama semua keperluan pelayar di sediakan, malah beberapa pelayar yang tidak mempunyai pakaian yang sesuai sebelum ini telah mendapat yang baru . Peralatan layar dan boat juga baru sama dengan pasukan lain. Yang penting kali ini pasukan negara terdiri dari 25 Orang satu pasukan yang besar ini menaikan semangat pasukan. Startegi yang di gunakan oleh Singapore selama ini. Nampaknya mereka sekarang ini sedikit tergugat kerana semua kelas yang di harapkan mendapat emas di tentang hebat oleh Malaysia. Singapore di jangka bersaing hebat  dalam kelas Optimist , International 420, Laser manakala kelas kelas lain di monopoly oleh Japan, China, Korea dan Thailand.

Adalah di nasihat jika hendak membeli Phone Kad guna China mobile kerana murah dan mudah untuk Top Up manakala Unicom sukar untuk Topup dan di kenakan bayaran yang lebih. Bawa baju hujan dan Payung kalau tak nak basah.

Sekian Terima kasih.

Lapuran dari Pengurus Pasukan Pelayaran.
   
 
Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre

1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.