Tuesday, November 9, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN SESI PEMILIHAN KE TAIWAN OPEN 2010

Salam,

8 NOV 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MTBC sedang mengadakan sesi pemilihan atlet mulai 8-12 Nov 2010 di Sunway Megalane, Sunway Piramid. Pemilihan ini diadakan untuk mengenalpasti lapan (8) atlet terbaik Program Pelapis Kebangsaan (empat lelaki dan empat wanita) untuk menyertai '11th Chinese Taipei International Open Championship 2010' yang akan diadakan pada 30 Nov - 6 Dis 2010 di Taoyuan, Taiwan. Walau bagaimanapun bagi kuota lelaki hanya tiga atlet terbaik akan dipilih kerana Syimir Abdul Razak telah terpilih secara automatik disebabkan telah beraksi cemerlang semasa Kejohanan Tenpin Boling Remaja Dunia 2010 di Finland tempohari (sistem ini telah menjadi amalan / polisi pihak MTBC). Sesi pemilihan telah diadakan mulai jam 3.30 ptg hingga 6.30 ptg.

Format Pemilihan.
Setiap atlet akan bermain 6 game setiap hari. Setiap pemain akan mendapat point mengikut ranking diperolehi bagi setiap game. Kedudukan no. 1 akan mendapat satu point, kedudukan no. 2 akan mendapat 2 point dan begitulah format pemberian point untuk kedudukan seterusnya. Pungutan point ini akan dijumlahkan daripada keenam-enam game bagi empat hari pemilihan tersebut. Empat pemain yang mendapat point paling rendah akan terpilih ke kejohanan di Taiwan.

Sebanyak 13 orang atlet telah hadir ke sesi pemilihan tersebut yang terdiri daripada lapan (8) atlet lelaki dan lima (5) atlet wanita.

Lelaki
1. Syimir Abdul Razak - Terpilih secara automatik kerana beraksi cemerlang semasa Kejohanan Remaja Dunia di Finland 2010
2. Mohd Haziq Sahli
3. Aliff Imran Adi Nasution
4.Jonathan Chan Tian Sheng
5. Khoo Beng Khai
6. Tan Chien Nan
7. Jason Syow - atlet sambilan dari Melaka
8. Chan Wei Siang - atlet sambilan dari Johor

Wanita
1. Syaidatul Afifah
2. Fatin Azmira Bt. Khairul Faizi - atlet sambilan dari Perak
3. Puteri Nadia Bt. Kamarul Mahadir - atlet sambilan dari Negeri Sembilan
4. Nur Diana Bt. Hussin
5. Jerusha Chan Poe Yin


Enam (6) daripada atlet (2 lelaki dan 4 wanita) yang berada di dalam skuad Pelapis Kebangsaan tidak menghadiri sesi pemilihan ini kerana akan terlibat dengan peperiksaan SPM semasa kejohanan ini berlangsung. Atlet-atlet tersebut adalah :-

Lelaki
1. Chong Jun Foo - Beliau terpilih secara automotik kerana beraksi cemerlang semasa '8th Ancol Open 2010' namun tidak akan ke Taiwan kerana terlibat peperiksaan SPM.
2. Ahmad Muaz Fishol

Wanita
1. Dina Nurnadia Bt.Zainal Abidin
2. Radin Nur Najwa Arifah Bt. Radin Dzulfakar
3. Hurul Ainul Abu Razak
4. Lim Hsu Zen

Atlet tidak hadir untuk sesi pemilihan
1. Nurafidza Bt. Mohammad Amran - atlet sambilan di Sarawak
2. Adlin Nadhirah Bt. Ghazali - atlet sambilan di Melaka
3. Muhammad Amirrul Afif B. Mohd Nasir - sesi peperiksaan di Lim Kok Wing University


Sekian, laporan pemantauan untuk makluman pihak tuan.


AMREEN ZAKI HJ. JOHAR

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.