Thursday, November 28, 2013

BANGKOK OPEN SHOOTING 2013 - 28 Nov 2013

Hari keempat kejohanan berlangsung, team Malaysia masih lagi tidak bernasib baik memperolehi pingat emas pertama negara. Sandaran pingat emas pertama menerusi Siau Cuili bagi acara Air Pistol Wanita Junior tampak cerah sehingga 16 shot sahaja kerana 4 tembakan terakhir kurang disempurnakan baik menyebabkan pingat emas dilepaskan kepada atlet Thailand dan Singapore.

Keadaan yang berangin kuat di range 50M menyukarkan 7 atlet lelaki dalam membuat tembakan baik untuk acara Free Pistol dan Prone Lelaki. Bagi acara Prone Lelaki atlet kita sekadar berjaya di tempat ke-7, 8 dan 9.

Untuk acara free pistol, 2 atlet iaitu Jasmi dan Choo bersaing dengan 5 penembak elit Thailand dan 1 Singapore di pusingan akhir. Walaupun membuat personal best dalam acara ini di pusingan awal namun nasib Jasmi tidak menyebelahi beliau apabila sekadar berada di kedudukan ke-7 selain faktor angin yang kuat.

Berikut adalah keputusan pertandingan hari ini:
Prone Men
7th-Razi Aizat - 601.4+99.5
8th-Izham - 597.7+78.3
9th -Nazirul - 597.6
Team : Bronze

Air Pistol Women Junior
3rd- Siau Cuili - 370+ 173.2
5th - Judith - 364+132.7
8th - Fatihah - 361+72.3
10th - Hana - 355
14th - Zunaira - 346
Team : Bronze ( Fatihah, Hana, Zunairah)

Free Pistol Men
7th -Jasmi -537+87.8
8th -Choo - 525+68.9
9th -Eddy - 524
13th - Zianyi -516
Team : Silver

Esok 3 lagi acara dipertandingkan iaitu Air Rifle Women Youth, 3 Position Women dan Rapid Fire Pistol.

Kob Khoon..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.