Saturday, November 30, 2013

BANGKOK OPEN SHOOTING 2013 - 30 Nov 2013

Hari terakhir kejohanan, 2 acara terakhir telah disertai oleh 2 orang atlet iaitu Jasmi Mohd Zin bagi acara Standard Pistol Men dan Siau Zianyi bagi acara Air Pistol Men Youth.

Zianyi memperbaiki skor tembakan beliau yang dilakukan di temasya Sukan Remaja Asia 2013 di Nanjing yang lalu iaitu 560. Menjadi penembak tunggal di kalangan 7 penembak muda Thailand tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi pemenang bagi acara ini.

Keputusan akhir bagi hari ini ialah:
Air Pistol Men Youth
Gold -Siau Zianyi - 560 + 193.1
Silver - Thailand
Bronze - Thailand

Standard Pistol Men
6th -Jasmi - 545

Secara keseluruhannya pungutan pingat bagi team Malaysia adalah:
Individu : 3 Emas, 2 Perak & 4 Gangsa
Team : 5 Perak , 1 Gangsa

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya diharap dapat memperbaiki di masa hadapan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.