Wednesday, November 20, 2013

Re: KRM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI 2/2013

Tahniah mr.giam atas penganjuran


2013/11/19 Giam Fook Pang <giamfp.cp@gmail.com>

LAPORAN RINGKAS
19 NOVEMBER 2013

Hari ini adalah hari terakhir Kem Bakat Sukan Memanah Pelapis Negeri 2/2013.

Atlet semua berkumpul di bilik kuliah Kompleks Sukan MSN Keramat pada jam 9.00 pagi selepas sarapan pagi. Ketua Jurulatih, En. Othman Wahab memberi ulasan keseluruhan tentang kem ini yang telah berlangsung selama 6 hari. Beliau menyentuh tentang kesilapan yang dilakukan oleh semua atlet dalam kem ini dan juga menyaran kepada semua atlet supaya memberanikan diri untuk melaksanakan shooting teknik yang telah diperbetulkan semasa kem ini.

Pada jam 11.00 pagi, Perasmian Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Pelapis Negeri 2/2013 telah disempurnakan oelh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN. Turut hadir bersama En. Megat Ahmad Kushairy,  Ketua Unit Pelapis Serantau.

Pihak Cawangan Pelapis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jurulatih yang telah meluangkan masa untuk membantu menjayakan kem bakat ini demi untuk meningkat prestasi Sukan Memanah dinegara kita. Jurulatih-jurulatih yang dimaksudkan adalah :

1. En. Othman Wahab
2. En. Amran Hamidi (Selangor)
3. En. Zainuddin Talib (Melaka)
4. En. Mohd Kamro (Terengganu)
5. En. Jefri Ngaiman (N. Sembilan)
6. Cik Mon Redee Sup Txi (Pahang)
7. En. Cheng Chu Sen
8. En. Muhammad Izzuddin
9. En. Wan Mohd Khalmizan

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada En. Affendy (SDO N. Sembilan), En. Nizam (SDO Perlis) & En. Fazli (SDO Kelantan) serta Cik Nancy Eve (Praktikal Student) adalah bantuan dan kerjasama telah diberikan sepanjang kem ini.

Terima kasih ...

Laporan dari Keramat




--

Rashid Ramli
Ketua Unit Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

http://www.pelapisfuturechampions.blogspot.com/
http://www.facebook.com/PelapisFutureChampions

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.