Monday, November 18, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI

LAPORAN RINGKAS
18 NOVEMBER 2013
Hari ini aktiviti bermula pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan pagi dan di ikuti oleh pemanasan badan.
Selepas sarapan pagi atlet beransur ke padang untuk menjalani latihan 'Shooting Skill' untuk kesemua jarak kadet iaitu 70m, 60m, 50m & 30m bagi lelaki dan 60m, 50m, 40m & 30m sehingga 12.30 tengahari.
Aktiviti bersambung pada jam 2.00 petang. Cuaca tidak memihak pada kami dan sekali lagi latihan dipindah ke dalam dewan. Atlet dipecahkan mengikut kumpulan dimana jurulatih membuat penilaian terhadap pemanah-pemanah dalam kumpulan masing-masing.
Setelah hujan berhenti, atlet kembali ke padang untuk menyambung aktiviti latihan 'Shooting Skill' sehingga jam 6.00 petang.
Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam dengan penyambungan aktiviti semalam iaitu 'Self Confident'. Aktiviti tamat pada jam 11.00 malam.
Sekian.. Laporan dari Keramat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.