Friday, November 29, 2013

BANGKOK OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIPS 2013 - 29 Nov 2013

Akhirnya lagu Negaraku berkumandang jua dengan kemenangan oleh Nur Dayana Hijrah Danial Ng dalam acara Air Rifle Women Youth. Tembakan skor 7 dalam shot yang keempat tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengekalkan momentum tembakan selepas itu walaupun sering seri skor tembakan bersama pemenang tempat kedua.

Bagi acara Rapid, Jasmi Mohd Zin sekadar berada di kedudukan ke-7 sahaja dari 9 penembak lain manakala bagi acara 3 Position Women, penembak kita berjaya berada di kedudukan 1 hingga 3.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Air Rifle Women Youth
1st -Dayana - 406.7+ 202.6
2nd - Thai
3rd - Thai

Rapid Fire Men
7th -Jasmi - 541

3 Position Women
Juain Izni - 559
Fadhilah - 544
Aida - 533

Esok merupakan hari terakhir kejohanan dengan 2 acara lagi yang disertai oleh atlet kita iaitu Air Pistol Men Youth dan Standard Pistol Men. Kesemua atlet berada dalam keadaan baik.

Sekian, terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.