Friday, November 8, 2013

LAPORAN KEJOHANAN 12TH WORLD WUSHU CHAMPIONSHIP 2013

> KEJOHANAN 12TH WORLD WUSHU CHAMPIONSHIP 2013
> 1HB HINGGA 5HB NOVEMBER 2013
> KUALA LUMPUR, MALAYSIA
>
> Kejohanan 12th World Wushu Championships 2013 dangan tema "Wushu For All" telah berlangsung dengan jayanya pada 1 - 5 Oktober 2013 yang lepas bertempat di Stadium Badminton Kuala  Lumpur, Cheras dimana Malaysia selaku tuan rumah buat kali kedua bagi kejohanan dunia pada kali ini setelah menjadi tuan rumah untuk kali pertama bagi edisi 2nd World Wushu Championships pada tahun 1993 di Kota Kinabalu, Sabah.
>
> Sebanyak 80 buah negara telah mengambil bahagian pada kejohanan dunia kali ini dan berkampung di Kuala Lumpur bermula pada 28hb November sehingga 8hb Oktober 2013.
> Tiga disiplin/acara telah dijalankan itu Taolu, Sanshou (Sanda) dan Duilian dengan 48 pingat Emas ditawarkan bagi kejohanan kali ini.
>
> Persekutuan Wushu Malaysia bersama Majlis Sukan Negara Malaysia telah menghantar seramai 21 orang di bawah kontijen Malaysia untuk menyertai kejohanan ini iaitu :
>
> 1. Dato' Garry Chua - Chef-de-Mission
> 2. En. Koo Beng Koon - Pengurus Pasukan
> 3. En. Khoo Meng Yang - Jurulatih (Sanda)
> 4. Pn. Lou Hao - Jurulatih (Taolu)
> 5. En. Yoong Thong Foong - Jurulatih (Taolu)
> 6. Pn. KarenTan Wen Pei - Observer
> 7. En. Lim Yew Fai - Observer
> 8. Cik Chai Fong Wei - Atlet
> 9. Cik Diana Bong Siong Lin - Atlet
> 10. En. Ho Mun Hua - Atlet
> 11. En. Lee Yang - Atlet
> 12. En. Loh Jack Chang - Atlet
> 13. En. Ng Say Yoke - Atlet
> 14. Cik Ng Shin Yii - Atlet
> 15. Cik Phoon Eyin - Atlet
> 16. Cik Tai Cheau Xuen - Atlet
> 17. En. Yeap Wai Kin - Atlet
> 18. En. Lee Wei Loong - Atlet
> 19. En. Muhammad Meeraj Omar - Atlet
> 20. En. Tan Jia Guan - Atlet
> 21. Cik Tang Pei Pin - Atlet
>
> Pasukan Malaysia telah berjaya meraih tempat ke-3 dengan jumlah pungutan pingat 4 EMAS, 5 PERAK & 5 GANGSA selepas Iran di tempat ke-2 (7 EMAS) dan juara keseluruhan iaitu China (17 EMAS).
>
> Antara pemenang pingat Emas bagi pasukan Malaysia adalah Cik Phoon Eyin yang merupakan atlet Pelapis Kebangsaan di bawah seliaan dan latihan jurulatih sepenuh masa (JPM) En. Lim Yew Fai. Beliau telah berjaya memenangi tempat pertama dengan memperolehi markah sebanyak 9.41 bagi acara Women's Compulsory Chang Quan  dan mengalahkan peserta dari Ukraine iaitu Liudmyla Temna (9.34) di tempat ke-2 manakala Hanieh Rajabi (9.33) dari Iran di tempat ke-3.
>
> Phoon Eyin juga merupakan satu-satunya atlet Pelapis Kebangsaan yang berjaya melayakkan diri dan telah mengambil bahagian bagi acara changquan, jianshu, qiangshu dalam Kejohanan dunia ini. 
>
> --
> SITI MARINA ARSHAD

>

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.