Thursday, November 21, 2013

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2/2013

Hari ini (20 November 2013) telah bermula  Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2013 bertempat di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Pengurus pasukan telah diadakan pada jam 10.00 pagi serentak dengan pemeriksaan peralatan. Mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh En. Hairul Anuar, Pengurusan Acara MSN serta YBhg Dato Hamid selaku Ketua Teknikal Delegat dan mesyuarat telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu.

Kejohanan ini adalah untuk Kategory II dan menggunakan format Kadet Scoring jarak 70m,  60m, 50m & 30m bagi lelaki dan 60m, 50m, 40m & 30m bagi wanita. 

25 pasukan telah mendaftarkan penyertaan pada kejohanan kali ini. Keseluruhan penyertaan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah 209 orang pemanah (127 pemanah lelaki dan 82 pemanah wanita).

Sekian, laporan dari Keramat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.