Sunday, December 1, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 2/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh : 30 November 2013
Masa : 9.00 pagi

Hari ini Kem Bakat Sukan Angkat Berat 2/2013 akan bermula dari 30 November hingga 6 Disember 2013bertempat di Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang.

Kem kali ini disertai oleh 12 atlet lelaki dan 14 atlet wanita dari program Pelapis Negeri. Penglibatan jurulatih pula adalah seramai 7 orang manakala 4 orang PPN terlibat sebagai urusetia. Ketua jurulatih bagi kem kali ini adalah Encik Nordin Jusoh (PS) dan turut dibantu oleh Encik Wang Zhi Quan (PS) dan Encik Mohd Nor Osman (PN Kedah)

Atlet-atlet bertolak jam 9.00 pagi dari Gate A, MSN ke Rompin dan tiba jam 2.00 petang. Terdapat juga atlet aeperti dari Kedah, Pahang dan Kelantan yang melaporkan diri seawal jam 12.00 tengahari. Satu taklimat telah diberikan kepada atlet dan jurulatih mengenai tujuan kem ini diadakan.

Untuk makluman tuan juga, terdapat juga atlet, jurulatih dan PPN yang akan melaporkan diri pada esok hari kerana terlibat dengan Commonwealth Championship 2013 baru-baru ini di Pulau Pinang.

Terdapat perubahan pada jadual hari ini di mana sesi ice breaking yang dijadualkan pada malam ini ditunda ke esok pagi bagi memastikan semua atlet hadir bagi sesi tersebut.

Sekian sahaja laporan untuk hari ini. Terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PPA (P16)
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.