Wednesday, December 18, 2013

KEJ MENEMBAK REMAJA KEB 02/2013

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan siri 02/2013 telah membuka tirai pertandingan dengan 2 acara telah berlangsung iaitu Pistol Lelaki dan Pistol Wanita. Jumlah penyertaan atlet bagi kejohanan kali ini ialah seramai 104 orang dengan pecahan penyertaan adalah 23 Pistol Lelaki, 29 Pistol Wanita, 23 Rifle Lelaki dan 29 Rifle Wanita.

Jumlah bay yang digunakan ialah 19 bay dan 2 detail perlu dijalankan kerana bay tidak mencukupi. Tiada acara final diadakan bagi kesemua acara.

Keputusan pertandingan bagi acara individu hari ini ialah:

Pistol Lelaki
Emas - Muhd Faiz Danial (Perak) - 558
Perak - Siau Zianyi (Perak) - 550
Gangsa - Noor Aizam (Selangor) - 544

Pistol Wanita
Emas - Khairun Naseha (Melaka) - 357
Perak - Nurul Huda (Pahang) - 356
Gangsa - Norsyafiqah (Nse) - 355

Selain daripada kejohanan, satu kursus pendek mengenai simulator telah diadakan. Seramai 15 orang jurulatih penuh masa dan sambilan telah hadir ke kursus ini. Sebelum kursus dimulakan, pengedaran simulator telah diberikan kepada negeri negeri dengan nisbah agihan 2:1 iaitu negeri yang mempunyai Jurulatih Penuh Masa akan diberikan 2 unit simulator.

2 lagi acara individu akan berlangsung esok iaitu Rifle Lelaki dan Rifle Wanita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.