Monday, December 16, 2013

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 02/2013 (16 DIS 2013)

Kem Bakat Sukan Menembak Siri 02/2013 bertemu penghujungnya pada hari ini. Sebelum menutup tirai, satu pertandingan mini telah diadakan bagi setiap acara. Format pertandingan dijalankan dengan tembakan full series menggunakan manual target dan bagi acara final ianya dijalankan dengan menggunakan sistem elektronik target.

Pemenang bagi acara individu adalah seperti berikut:

Air Rifle Men - Nur Muhd Izham (Tganu)
Air Rifle Women - Nur Ain Kamari (Jhr)
Air Pistol Men - Siau Zianyi (Perak)
Air Pistol Women - Nur Amierra (Jhr)
Final Pistol - Siau Zianyi (Perak)
Final Rifle - Nur Ain Kamari (Jhr)

Sesi penyampaian hadiah dan penutup disampaikan oleh En Rashid Ramli selaku Ketua Unit Pelapis Negeri.

Esok kesemua atlet ini akan bertolak ke Ayer Keroh Melaka bagi menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Siri 02/2013 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 21 Disember 2013.

Ucapan penghargaan terima kasih kepada Jurulatih Pelapis Kebangsaan ( Sabki, Baharuddin & Tamara), pegawai ISN yang memberikan perkhidmatan sains sukan, atlet pelapis kebangsaan yang turut serta turun padang training bersama, armourer dan lain lain yang tidak disebut nama dalam membantu dalam menjayakan kem ini.

Hingga bertemu lagi di kem yang akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.