Saturday, December 28, 2013

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK 2013 - LAPORAN HARI KEENAM ( 28 DISEMBER 2013 )

Salam,

Kem Bakat Berbasikal Trek 2013 diteruskan pada hari keenam yang merupakan hari terakhir kem. Seperti biasa acara perhimpunan pagi bagi atlet, jurulatih dan pegawai dijalankan pada jam 7.30 pagi. Pada jam 8.30 pagi, sesi warmup atlet dijalankan di trek memandangkan pada hari ini mini pertandingan akan dijalankan bagi mengukur tahap prestasi atlet. Mini pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi. Berikut adalah merupakan acara - acara yang dipertandingkan dalam mini pertandingan ini :

Kategori Lelaki

1 ) 200M Sprint

2 ) 500M Sprint

3 ) Point Race

Kategori wanita

1 ) 200M Sprint

2 ) Standing Start 1 Lap

Berlaku beberapa kemalangan kecil sepanjang mini pertandingan berlangsung. Namun tiada kecederaan serius berlaku kepada atlet - atlet terlibat.Mini pertandingan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Pada sesi petang, mesyuarat penilaian kem dijalankan bersama jurulatih terlibat. Antara tujuan mesyuarat ini ialah bagi menilai perjalanan kem serta mengumpulkan input dan idea - idea dari jurulatih sebagai tujuan tambah nilai bagi pelaksanaan kem bagi tahun hadapan. Acara penutup kem dijalankan pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah merupakan keputusan bagi mini pertandingan Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis 2013 :

Kategori Lelaki

200M Sprint

1 ) Muhamad Harith Arief Kazman - Perak

2 ) Muhammad Nur Aiman Rosli - Johor

3 ) Firdaus Hadi - Kelantan

500M Sprint

1 ) Muhamad Harith Arief Kazman - Perak

2 ) Azli Najmi Zulkifli - WPKL

3 ) Muhammad Nur Aiman Rosli - Johor

Point Race

1 ) Muhammad Nur Aiman Rosli - Johor

2 ) Muhammad Syazrin Shaari - WPKL

3 ) Firdaus Hadi - Kelantan

Kategori Wanita

200M Sprint

1 ) Ezatie Fifiyana Hisham - Terengganu

2 ) Anis Amirah Rosidi - Perlis

3 ) Nur Rozi Yanti Matrodzi - Perlis

Standing Start 1 Lap

1 ) Nur Rozi Yanti Matrodzi - Perlis

2 ) Fatin Najiha Halim - Pulau Pinang

3 ) Ezatie Fifiyana Hisham - Terengganu

Atlet Lelaki Terbaik Kem

1 ) Firdaus Hadi - Kelantan

Atlet Wanita Terbaik Kem

1 ) Ezatie Fifiyana Hisham - Terengganu

Program berakhir pada jam 6.30 petang. Secara keseluruhannya, perjalanan kem berjalan lancar. Esok, para atlet kem akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek SportExcel Sirkit 2/2013 yang dijadualkan akan berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2013.

Sekian, laporan hari terakhir Kem Bakat Berbasikal Trek 2013 dari Velodrome Cheras.

Sent from my BlackBerry Y10® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.