Sunday, December 29, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL REMAJA (TREK SIRKIT 2 2013) SPORT EXCEL/MSN/MILO/PKBM/PBKL

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 9:00 am - 11:00 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Veledrome
Cheras, Kuala Lumpur

Tahun 2013 bagi Takwim Kejohanan Berbasikal menutup tirai kejohanan dengan penganjuran terakhir iaitu Kejohanan Lumba Basikal Remaja (Trek Sirkit 2-2013) Sport Excel/MSN/MILO/PKBM/PBKL di Valedrome Cheras, Kuala Lumpur pada 29 - 31 Disember 2013. Seperti kelazimannya, sebelum kejohanan akan diadakan pendaftaran pasukan dan mesyuarat pengurus pasukan. Pada jam 9:00 pagi, semua pasukan telah membuat pendaftaran melibatkan 15 pasukan. Pada jam 10:00 pagi pula bermula mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh En. Yunus Ibrahim selaku Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan adalah pengesahan pasukan yang mengambil bahagian antaranya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Selain itu, turut disahkan seramai 141 atlet menyertai kejohanan ini. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lelaki 17 dan 18 tahun dan Lelaki Bawah 16 tahun, Wanita 17 dan 18 tahun dan Wanita Bawah 16 tahun. Tiada perkara berbangkit dan mesyuarat ditangguhkan jam 11:00 pagi. Pada jam 2:00 petang akan bermula kejohanan melibatkan acara 200 m Sprint (kelayakan), Individual Pursuit (kelayakan) dan Team Sprint (kelayakan)


Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.