Saturday, December 28, 2013

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK 2013 - LAPORAN HARI KEEMPAT ( 26 DISEMBER 2013 )

Salam,

Kem Bakat Berbasikal Trek 2013 diteruskan pada hari keempat dengan acara perhimpunan pagi bagi atlet, jurulatih dan pegawai pada jam 7.30 pagi. Pada hari ini, Unit TID ISN akan menjalankan ujian - ujian kepada para atlet bagi tujuan pengumpulan data. Ujian bermula pada jam 9.00 pagi. Ujian - ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

1 ) Antropometrik

2 ) Lompat menegak

3 ) Lompat jauh berdiri

4 ) 40M sprint

5 ) Jangkauan melunjur

6 ) Maximum push up

7 ) Plank Test

8 ) Beep test

Data ujian ini akan dijadikan sebagai data base untuk disimpan di peringkat cawangan bagi dijadikan rujukan jika atlet - atlet ini terpilih ke program yang lebih tinggi. Pada sesi petang, sesi latihan di trek dijalankan. Mengikut jadual, sesi latihan adalah untuk latihan endurance dan sprinter . Namun hujan lebat turun sebelum sesi warmup atlet selesai.

Memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, program pada malam hari iaitu Kelas Pemakanan untuk para atlet diawalkan kepada sesi petang. Sesi ini antara lain menyentuh berkaitan kepentingan aspek pemakanan dan pengetahuan asas berkaitan pemakanan sukan untuk diimplementasikan kepada para atlet.

Pada sebelah malam, atlet diberikan rehat. Keadaan para atlet adalah baik dan bersemangat bagi meneruskan kem untuk hari kelima.

Sekian, laporan hari keempat dari Velodrome Cheras.
Sent from my BlackBerry Y10® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.