Tuesday, December 3, 2013

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 02/2013 (3 DIS 2013)


Bagi meneruskan kesinambungan kem bakat menembak siri pertama yang telah diadakan pada bulan Mei 2013 yang lalu, pihak Cawangan meneruskan pengelolaan Kem Bakat Sukan Menembak Siri 2/2013 yang bermula pada 3 hingga 16 Disember 2013 di Lapang Sasar Menembak Gym.3, Majlis Sukan Negara.  Seramai 14 orang atlet telah terpilih bagi menyertai kem bakat ini dimana pemilihan nama atlet terpilih adalah berdasarkan pencapaian semasa atlet di kejohanan - kejohanan remaja kebangsaan yang disertai di sepanjang tahun 2013.  Senarai nama atlet kem yang terpilih adalah seperti berikut: 

Rifle Lelaki
1. Nur Muhd Izham M.Azwi (Terengganu)
2. Nabil Mashudi (Terengganu)

Rifle Wanita
1. Wan Khaleda Firdaus (Perak)
2. Nur Ain Kamari (Johor)
3. Nur Izazi Rosli (K.Lumpur)
4. Nur Aqasha Damia (Terengganu)

Pistol Lelaki
1. Siau Zianyi (Perak)
2. Safiredzuan (Terengganu)
3. Faiz Danial (Perak)
4. Noor Aizam Nuqman (Selangor)
5. Hazeeq Haqeem R.Azmi (Johor)

Pistol Wanita
1. Nurul Huda Khairul Nasir (Pahang)
2. Yvonne Ong (Johor)
3. Nurul Amiera (Johor)

Kem bermula dengan atlet mula melapor diri di Casa MSN dan pada jam 3.00 hingga 4.30 satu sesi taklimat penerangan program telah diadakan di Bilik Merbuk, Casa 2.  Pada sebelah malam pula , sebelum sesi ceramah khas dimulakan, pihak asrama melalui Warden Asrama iaitu En Ismail telah memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai peraturan asrama yang perlu dipatuhi oleh semua penghuni asrama.  Selepas itu, program diteruskan dengan ceramah motivasi atlet yang bertajuk 'Personaliti Atlet: Winner or Loser' oleh Tn Hj Syed Abdul Rahman dari Energy Life Team (Johor).  Beliau berpengalaman luas dalam bidang ceramah motivasi atlet di pelbagai tempat dan agensi.  Selain menyampaikan ceramah, beliau juga turut menggunakan bahan interaktif media yang lain seperti tayangan beberapa clip video.  Sesi tamat pada jam 10.30 malam.

Esok merupakan hari pertama latihan yang akan dimulakan di Lapang Sasar Gym 3, MSN Sesi latihan akan dikendalikan oleh 3 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Sabki, Baharuddin dan Tamara mengikut kumpulan acara masing - masing.

Sekian, terima kasih


--
Nurehsan Hassan
Cawangan Pelapis
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.