Friday, December 27, 2013

Tarikh: 26 Disember 2013
Tempat: Ulverston Tasmania

Pasukan remaja telah tiba di tempat penginapan pada jam 9.30 malam yang mana dari airport launceston ke Ulverstone mengambil masa kira kira 1 jam 30 minit. Untuk sesi pagi ini atlet atlet telah memasangkan basikal masing masing untuk persiapan kejohanan esok yang diadakan di Latrobe yang jarak perjalanan mengambil masa 30 minit.

Untuk sesi petang atlet atlet menjalani latihan roller dan selepas sesi latihan tersebut Gary Neiward  telah membawa pasukan ke Latrobe bagi menyaksikan Criterium Latrobe yang diadakan disekitar kawasan kediaman penduduk. Perlumbaan ini disertai oleh pelumba pelumba handalan yang menyertai Olimpik khususnya dari negara Australia.

Esok bermula pertandingan di Latrobe Track Carnival yang akan bermula pada jam 5.00pm. Waktu siang disini agak panjang dimana cuaca pada sebelah siang mencecah 25 celcius manakala sebelah malam 15 celcius.

Semua pelumba berada didalam keadaan memuaskan dan tiada sebarang kecederaan atau masalah kesihatan.

Sekian laporan dari Ulverstone Tasmania.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.