Monday, December 9, 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2/2013

Laporan Ringkas
9 Disember 2013

Hari ini adalah hari lapor diri semua pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2013.  Kejohanan ini akan berlangsung dari 10 - 12 Disember 2013 bertempat di Center Court, Kompleks Sukan Paroi, Seremban.

Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan selepas tarikh tutup pendaftaran pasukan walaubagaimana pun Pahang telah menarik diri 2 hari sebelum kejohanan di langsungkan menjadikan penyertaan 15 pasukan. Pasukan-pasukan yang menyertai adalah seperti berikut :

1. Perlis
2. Kedah
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. N. Sembilan
7. Melaka
8. Johor (SSTMI 'A')
9. Johor (SSTMI 'B')
10. Terengganu
11. Kelantan
12. Sabah
13. Johor Gemilang
14. PASTA (Terengganu)
15. Pelapis Johor (Tangkak)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Wan Mohd Husni Hj Abdullah, Setiausaha Persatuan Sepak Takraw N. Sembilan. Turut serta dalam mesyuarat adalah En. Rohaizad Ismail, Ketua Pengadil Persatuan Sepak Takraw N. Sembilan dan En. M Rizal, Pemangku Ketua Unit, USPTN N. Sembilan.

Mesyuarat berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu dan tamat pada jam 9.45 malam.

Sekian

Laporan dari Paroi, Seremban

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.