Friday, December 13, 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2/2013

Laporan Ringkas
12 Disember 2013

Hari ini hari terakhir Kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2013 dimana pada sebelah pagi pertandingan separuh akhir bagi semua kategori telah dijalankan mulai jam 8.30 pagi.

Pertandingan akhir bagi semua kategori pula dijalankan pada jam 2.30 petang. Sejurus tamat pertandingan kategori Regu Bawah 21 Tahun pada jam 4.00 petang, Majlis Penyampaian Pingat pada para pemenang telah dilaksanakan.

Majlis Penyampaian Pingat telah disempurnakan oleh En. Fouzee Abd. Aziz, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan. Turut bersama pada Majlis tersebut ialah En. Khairul Azwan Azmi (Pegawai, Bahagian Pengurus Sukan, MSNM), En. M. Rizal Musa (PKU USPTN N. Sembilan) dan En. Ishak Ismail, Ketua Teknikal Kejohanan.

Keputusan Rasmi pertandingan separuh akhir dan akhir adalah berikut;

KATEGORI DOUBLE
Separuh Akhir
N. Sembilan - Melaka (0-3)
SSTMI ' A ' - Pelapis Johor (3-1)

Akhir
Melaka - SSTMI ' A ' (1-3)

Ranking
Johan - SSTMI ' A '
Naib Johan - Melaka
Ketiga - N. Sembilan & Pelapis Johor

KATEGORI REGU BAWAH 18 TAHUN
Separuh Akhir
Selangor - P. Pinang (2-3)
SSTMI ' A ' - Melaka (3-0)

Akhir
P. Pinang - SSTMI ' A ' (3-2)

Ranking
Johan - P. Pinang
Naib Johan - SSTMI ' A '
Ketiga - Selangor & Melaka

KATEGORI REGU BAWAH 21 TAHUN
Separuh Akhir
Selangor - SSTMI ' A ' (3-2)
P. Pinang - Pelapis Johor (3-1)

Akhir
Selangor - P. Pinang (0-3)

Ranking
Johan - P. Pinang
Naib Johan - Selangor
Ketiga - SSTMI 'A' & Pelapis Johor

Sekian, Laporan dari Paroi, Seremban

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.